• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Maklumbalas / Aduan
  • Peta Laman

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Profil
      • Perutusan Pengarah
      • Penubuhan
      • Objektif
      • Fungsi
      • Punca Kuasa
      • Visi & Misi
      • Logo Rasmi
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian
    • Pengurusan
      • Bidang Kuasa
      • Ahli Lembaga Pengarah
      • Pengarah
      • Carta Organisasi
      • Bahagian & Unit
      • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Perkhidmatan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Perundangan
      • Perundangan Subsidiari
      • Pelan Antirasuah
    • Pekeliling & Dasar
      • Pekeliling
      • Dasar
    • Penerbitan
      • Laporan Tahunan
      • Buletin LSANK
      • Pelan IRBM
      • Pelan ICM
      • Laporan Sungai Negeri Kedah
      • Laporan Pantai Negeri Kedah
    • Statistik
      • Perkhidmatan Dalam Talian
      • Kes Kemalangan
      • Prestasi Piagam Pelanggan
      • Statistik Maklumbalas & Aduan
    • Arkib
      • Pengumuman
      • Berita
      • Tender & Sebutharga
      • Keratan Akhbar
      • Kenyataan Media
      • Laporan Kajian
  • AWAM
    • Pelesenan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Direktori Kakitangan
      • Unit Pengurusan Lembangan Dan Perairan Pantai
      • Unit Perlindungan Dan Sumber Air
      • Unit Operasi Dan Penyelidikan
      • Unit Kawalan Dan Pencemaran
      • Unit Undang-Undang Dan Penguatkuasaan
      • Unit Pengurusan
      • Bahagian Penguatkuasaan
      • Unit Teknologi Maklumat
      • Unit Komunikasi Dan Korporat
    • Maklumbalas / Aduan
    • Pekeliling & Dasar
    • Jawatan Kosong
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman
    • Berita
    • Keratan Akhbar
    • Kenyataan Media
  • PELANGGAN
    • Direktori Kakitangan
    • Pelesenan
    • Maklumbalas / Aduan
    • Tender & Sebutharga
    • Soalan Lazim
  • WARGA LSANK
  • PEMBAYARAN
  • HUBUNGI KAMI
PERKHIDMATAN
  • Home
  • Aktiviti
  • Archive from category "Aktiviti"
  • Page 10
21/07/2026

Category: Aktiviti

Salam Maulidur Rasul

Wednesday, 27 September 2023 by news

Lahirnya kekasih Allah SWT, Muhammad bin Abdullah.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ikhlas daripada :

Pengarah & Warga Kerja

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA TAHUN 2023

Saturday, 16 September 2023 by news

Hari Malaysia memberi peringatan dan makna kerana hari penting yang menyatukan rakyat Malaysia.

Hari Malaysia disambut bagi memperingati bergabungnya persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menjadi sebuah negara baru bernama Malaysia.

Semoga Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun menjadi lambang perpaduan dan permuafakatan sebagai rakyat Malaysia agar keharmonian terus terpelihara demi nama Malaysia.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

MESYUARAT PRA MAKMAL KAJIAN NILAI (VALUE ASSESSMENT) DAN LAWATAN TAPAK PEMBINAAN EMPANGAN BAWAH TANAH, TELAGA TIUB DAN STRUKTUR TAKUNGAN DI PADANG MATSIRAT, LANGKAWI

Tuesday, 05 September 2023 by news

Mesyuarat dan lawatan tapak tersebut telah dihadiri oleh Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa, Pengarah LSANK dan Puan Siti Hawa Dalila binti Alias, Jurutera Bahagian Pengurusan Sumber Air LSANK serta Encik Muhammad Shakrini bin Mahadzir, Penolong Jurutera LSANK.

Tujuan mesyuarat dan lawatan ini diadakan untuk mendapat pandangan dan maklum balas dari semua pihak berkepentingan bagi kelulusan Unit Perancang Ekonomi – EPU, Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, projek ini dicadangkan untuk dilaksanakan bagi meningkatkan potensi sumber air mentah di Langkawi sekaligus mengurangkan kebergantungan bekalan air dari tanah besar yang merupakan projek perintis di Malaysia dan Asia Tenggara.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-66 TAHUN 202

Thursday, 31 August 2023 by news

Seleksi fotografi ketika Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 yang telah berlangsung pada hari ini, 31 Ogos 2023. Sambutan kemerdekaan pada tahun ini disambut meriah walaupun hujan lebat seawal pagi.

Tahniah dan syabas kepada kontinjen LSANK yang telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan pada tahun ini. Kontinjen LSANK terdiri daripada 33 orang pegawai yang diketuai oleh Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa.

Terima kasih kepada semua petugas LSANK bertungkus lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kesempurnaan acara perbarisan Kontinjen LSANK.

Tahniah buat semua kontinjen yang menyertai Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 tahun ini. Semoga kita semua dikurniakan kelancaran dan kemudahan dalam melaksanakan tugasan seterusnya.

Merdeka, Merdeka, Merdeka 🇲🇾

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)

Sunday, 20 August 2023 by news

Bahagian Perancangan dan Pengurusan Lembangan LSANK telah bekerjasama dengan Syarikat Spatial Work Sdn. Bhd. mengadakan Bengkel Pembangunan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Hotel The Everly, Putrajaya.

Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan sistem pengurusan dan pengumpulan data informasi LSANK.

LSANK juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke pejabat Syarikat Spatial Work Sdn. Bhd. bagi melihat pelaksanaan sistem yang sedang dijalankan.

Tuan Pengarah dan warga kerja LSANK yang terlibat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Syarikat Spatial Work atas kerjasama dan budi baik sepanjang bengkel ini berlangsung.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

LAWATAN TAPAK ULASAN TEKNIKAL BAGI PERMOHONAN LESEN MENCARIGALI MINERAL BIJIH TIMAH

Sunday, 20 August 2023 by news

Bahagian Aktiviti Badan Perairan dan Alam Sekitar bersama Bahagian Penguatkuasaan LSANK serta agensi-agensi teknikal seperti Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Mineral Geosains Negeri Kedah, Jabatan Pertanian Negeri Kedah, SADA dan agensi-agensi berkepentingan yang terlibat telah mengadakan lawatan tapak ulasan teknikal bagi permohonan lesen mencarigali mineral bijih timah di atas sebahagian Kompartmen 9 & 10, Hutan Simpan Koh Moi, Mukim Temin di Daerah Kubang Pasu Kedah.

LSANK akan sentiasa memastikan setiap aktiviti di Negeri Kedah mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

KURSUS ASAS MOBILEGRAFI KUMPULAN KEDUA

Sunday, 06 August 2023 by news

Kursus Asas Mobilegrafi Kumpulan Kedua telah diadakan pada 30 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai.

Kursus ini merupakan inisiatif dari Bahagian Komunikasi Korporat bagi memastikan semua kakitangan diberikan pendedahan tentang teknik mengambil gambar dan menyunting gambar menggunakan telefon pintar masing-masing.

Kemahiran ini sangat penting dalam kalangan kakitangan LSANK kerana ianya merupakan aktiviti harian yang perlu dijalankan untuk mengemaskini Diari Aktiviti LSANK dan Laporan Tahunan LSANK.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT LSANK KE JSANK

Monday, 24 July 2023 by news

Pengarah LSANK, Tuan Syed Amaluddin Hafeez Bin Syed Musa bersama Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan LSANK telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) yang bertujuan untuk sesi percambahan idea dan bertukar pendapat mengenai pengurusan sumber air di antara dua negeri.

LSANK juga berpeluang untuk mengadakan lawatan ke Loji Nyahgaram Air Laut, Pantai Senok dan Loji Rawatan Air Kampung Telok di Negeri Kelantan yang merawat air dengan pelbagai kaedah menggunakan sumber air sedia ada bagi kegunaan domestik.

LSANK ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YM Tengku Sharifuddin Bin Dato Tengku Shah Budin, Pengarah JSANK dan seluruh warga kerja di atas kesudian menerima kunjungan hormat dari LSANK.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

PROGRAM PENANAMAN POKOK ANJURAN PEJABAT KEWANGAN NEGERI KEDAH

Sunday, 23 July 2023 by news

LSANK telah menyertai Program Penanaman Pokok pada 22 Julai 2023 di Kampung Seberang Chegar, Alor Setar.

Ianya bertujuan bagi pengindahan persisiran Sungai Anak Bukit yang akan menjadi tarikan baharu sebagai aktiviti riadah serta sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam menjadikan laluan sungai sebagai daya tarikan di Negeri Kedah.

Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wira Isahak Murat dan pelbagai agensi terlibat bagi menjayakan program bagi menambahkan keceriaan sungai bersama penduduk setempat.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

BENGKEL PENGENALAN ASAS & SEMAKAN KERTAS SIASATAN

Tuesday, 18 July 2023 by news

Bengkel Pengenalan Asas & Semakan Kertas Siasatan telah berjaya dilaksanakan pada 25 Jun 2023 di Raia Hotel, Alor Setar bersama penceramah jemputan Yang Berbahagia Dato’ Khairul Anuar Bin Abdul Halim, Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah.

Bengkel ini merupakan usaha Bahagian Penguatkuasaan untuk memberikan latihan dan pendedahan spesifik kepada pengurusan siasatan dan pertuduhan bagi penyediaan kertas siasatan selaras dengan Enakmen Sumber Air Kedah 2008.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12

STATISTIK

  • 0
  • 62
  • 414
  • 1,720
  • 25,929

HUBUNGI KAMI

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Tel : +604-702 7667
Fax : +604-702 7655

[email protected]

DISCLAIMER

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

© 2026 Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. All Rights Reserved.

TOP

WhatsApp us