MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BEKALAN SUMBER AIR ALTERNATIF (TELAGA TIUB) MASJID JAMEK AL-ISLAH, KARIAH KAMPUNG PERIK, KUALA NERANG, KEDAH
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Sumber Air Alternatif (Telaga Tiub) Masjid Jamek Al-Islah, Kuala Nerang, Kedah yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa selaku Pengarah LSANK kepada Al Fadhil Ustaz Hashim bin Saad, Imam Masjid Jamek Al Islah yang turut disaksikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air & Alam Sekitar.
LSANK telah melaksanakan Projek Bekalan Sumber Air Alternatif sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) LSANK yang bertujuan untuk membantu mengatasi isu ketidakcukupan bekalan air di kawasan luar bandar. Projek Bekalan Sumber Air Alternatif di Masjid Jamek Al-Islah, Kariah Kampung Perik, Kuala Nerang ini merupakan projek telaga tiub yang ke-8 dilaksanakan oleh LSANK ini bagi melaksanakan salah satu fungsi LSANK iaitu menyelaras cari gali dan pembangunan sumber air tambahan. Semoga dengan adanya telaga tiub ini dapat dimanfaatkan oleh 200 buah rumah di kawasan ini.
LSANK juga turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berminat untuk mewujudkan telaga tiub sebagai menampung keperluan bekalan air.




- Published in Aktiviti
PROGRAM PENANAMAN POKOK DI BAWAH PROGRAM “AEC’S SAFETY AND ENVIRONMENT TOUR” PEJABAT DAERAH DAN TANAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai program yang dianjurkan pada pagi ini di Masjid Al-Hidayah, Bukit Pinang.
Program “AEC’S Safety & Environment Tour” merupakan program yang bertemakan kesedaran dan menghargai alam sekitar dengan pelaksanaan aktiviti penanaman pokok berjumlah 90 anak pokok di Daerah Kota Setar yang melibatkan tiga kariah Masjid iaitu Masjid Bukit Pinang, Masjid Kampung Teluk dan Masjid Padang Hassan.
Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Ahmad Bin Yahaya, Ahli Parlimen Pokok Sena, agensi-agensi jabatan yang terlibat daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kedah, Kelab Eksplorasi Altitiud, Universiti Utara Malaysia dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid.




- Published in Aktiviti
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋
Semoga perayaan Hari Natal ini disambut dengan kegembiraan oleh penganut beragama Kristian dan jadikan amalan ziarah kasih sebagai budaya bermasyarakat.
Manfaatkan cuti perayaan ini sebaiknya untuk bergembira bersama keluarga tersayang dan kenalan. Have a wonderful celebration and stay safe![]()
Pengarah & Warga Kerja
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti
BENGKEL PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PELAN CUCI GALI BAGI PERUSAHAAN PASIR SUNGAI NEGERI TERENGGANU
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar telah dijemput oleh Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) untuk menyertai bengkel dan berkongsi percambahan idea bagi memantapkan pengurusan sumber air Negeri Terengganu.
Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menambahbaik tatacara pengurusan perusahaan pasir sungai di Negeri Terengganu supaya pelaksanaannya lebih efisyen dan mampan serta mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh pelbagai agensi untuk menyediakan dan melaksanakan Pelan Cuci Gali Perusahaan Pasir di Negeri Terengganu sekaligus mencadangkan langkah-langkah mitigasi untuk menanganinya.



- Published in Aktiviti
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐖𝐚𝐭𝐞𝐫 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐌𝐈𝐖𝐂)
Program Malaysia International Water Convention (MIWC) 2023 telah berjaya dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), bersama YBhg. Dato’ Razali Bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
MIWC merupakan platform penting untuk menjalin hubungan kerjasama dalam bidang pengurusan air serta bertukar pendapat, pengetahuan dan inovasi dalam usaha menangani cabaran kekurangan air serta menjana pembaikan dalam sektor pengurusan air negara.
Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti River Basin Management Dialogue, lawatan pempamer teknikal dari pelbagai agensi yang berkepentingan.
Hadir sama dalam program ini, Tuan Pengarah bersama Ketua Bahagian LSANK. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberikan input yang berguna demi kelestarian sumber air di Negeri Kedah.



- Published in Aktiviti
JOM KAYUH BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH
LSANK akan menganjurkan Hari Apresiasi Sumber Air 2.0 pada 25 November 2023 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.
Butiran program adalah seperti berikut :-
Penyertaan aktiviti kayuhan basikal, LSANK FUN RIDE 2023 dalam lingkungan 18 kilometer adalah PERCUMA, TIADA YURAN PENDAFTARAN AKAN DIKENAKAN. MAKANAN DISEDIAKAN.
Pendaftaran dan serahan tshirt serta ride-kit akan dilaksanakan di KHEMAH PENDAFTARAN, DATARAN KOMPLEKS SUKAN PERDANA, MAJLIS DAERAH SIK bermula jam 7.00 PAGI kepada semua peserta yang terlibat.
Peserta dikehendaki untuk menyediakan keperluan basikal, helmet dan lain-lain sekiranya ingin menyertai aktiviti kayuhan basikal, LSANK FUN RIDE 2023.
Pentadbiran ini berbesar hati mengalu-alukan penyertaan orang awam di Daerah Sik khususnya seramai 150 orang terawal sahaja bagi mengisi dan memenuhi kuota seperti di pautan : https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdrXwPAEKw9Bo…/viewform
Jom sama-sama sertai dan kayuh bersama YAB Menteri Besar Kedah.
Sebarang pertanyaan tentang penyertaan orang awam ini, boleh menghubungi Fadzil Ahmad di talian +6019-5221403 atau tekan link http://www.wasap.my/60195221403/HASA


- Published in Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TEKNIKAL PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERJA RAYA, SUMBER ASLI, BEKALAN AIR, SUMBER AIR & ALAM SEKITAR KE PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER AIR DI NEGERI KEDAH
Kunjungan Hormat dan Lawatan Teknikal Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar telah diadakan bagi memantau tujuh cadangan tapak pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) atau Kolam Takungan yang bakal dilaksanakan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Selain itu, lawatan khas ke Pejabat Pengurusan Sungai Muda turut diadakan bersama Pengarah Pengurusan Lembangan Sungai Muda, Ir Asnol Adzhan Bin Abd Manap bagi meninjau status projek tambakan baraj dan memantau sistem baraj yang sedang dibuka kerana limpahan air yang berlebihan.




- Published in Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH (LSANK) KE PEJABAT PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI MUDA (PLSM)
Pengarah LSANK, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa bersama Bahagian Perancangan dan Pengurusan Lembangan serta Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda.
Tujuan lawatan diadakan untuk sesi suai kenal bersama pengurusan yang baharu dilantik dan bertukar pendapat mengenai pengurusan dan operasi tentang pengurusan sumber air.
Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Tuan Ir. Asnol Adzhan bin Abd Manap, Pengarah Operasi Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM), Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia.



- Published in Aktiviti
[HEBAHAN LSANK]
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar telah menghadiri Simposium Bekalan Air 2023 yang memfokuskan “Cabaran Pengurusan NRW dan Keselamatan Empangan” telah diadakan pada 24 Oktober 2023 hingga 25 Oktober 2023 di Dewan Damar Sari, Putrajaya.
Program yang julung kali diadakan sebagai platform bagi menghimpunkan pakar-pakar dan agensi-agensi berkepentingan dalam sektor air di Malaysia untuk sesi ceramah dan forum. Selain itu, 15 pempamer tentang NRW dan keselamatan infrastruktur sumber air turut mengambil bahagian dalam program ini.
Tahniah dan syabas kepada penganjur utama. Diharap semoga program seumpama ini berterusan.



- Published in Aktiviti
LSANK MEET, GREET & RIDE 2023 @ ANAK SUNGAI BUKIT
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di antara Ahli Lembaga Pengarah LSANK, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai Tadbir Negeri Kedah, penjawat awam di dalam Kompleks Wisma Darul Aman, orang awam khususnya bersama kakitangan LSANK yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.
Dengan pelaksanaan program ini, ianya merupakan medium untuk menyatukan dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain.
Seramai 400 peserta telah mengambil bahagian dalam menjayakan program kayuhan dengan berjarak 20 kilometer bermula dari Dataran Pahlawan melalui Persisiran Sungai Anak Bukit yang merupakan projek perintis pengindahan sungai.
Selain itu, aktiviti penanaman pokok dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang menyumbang 13 jenis pokok bersempena simbolik kepada penubuhan LSANK selama 13 tahun serta Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah menandatangani papan tanda sebagai gimik pelancaran yang telah diadakan di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.
Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa, Pengarah LSANK mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kerjasama semua agensi kerajaan dan swasta dalam menjayakan LSANK Meet, Greet & Ride 2023 @ Sungai Anak Bukit.








- Published in Aktiviti










