KEDAH HALAL FESTIVAL 2019 – HARI PERTAMA
📌 24 Oktober 2019 (Khamis) di Perkarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk menyebarkan maklumat tentang bidang kuasa dan fungsi melalui pembukaan booth di Kedah Halal Festival 2019.




JEMPUTAN SEMINAR AIR BAWAH TANAH “KONJUNGTIF BUKAN ALTERNATIF”
📌 19 Oktober 2019 (Sabtu) di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Seminar ini bertujuan bagi menyampaikan maklumat dan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kelebihan menggunakan air bawah tanah dari aspek kelestarian dan kewangan serta mempamerkan kepelbagaian kaedah penggunaan telaga tiub.








INTERGRITI NIGHT RUN 2019
📌 18 Oktober 2019 (Jumaat) di Dataran Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Kakitangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah menyertai Intergriti Night Run 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Intergriti dan Tadbir Urus dengan kerjasama INSPIN sebagai salah satu aktiviti bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat.



BENGKEL SEMAKAN SEMULA PERATURAN-PERATURAN SUMBER AIR KEDAH (2015 & 2018) LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH
📌 14 Oktober 2019 (Isnin) di Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Bengkel ini disertai oleh semua ketua unit dan unit teknikal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah untuk penambahbaikan serta memantapkan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (2015 & 2018) Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.






JEMPUTAN PROGRAM DIALOG HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH – KERJA RAYA, SUMBER AIR, BEKALAN AIR DAN TENAGA BAGI DAERAH LANGKAWI
📌 10 Oktober 2019 (Khamis) di Dewan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Program ini diilhamkan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga bertujuan untuk menjadi platform secara terus dalam menyampaikan maklumat kepada masyarat.






JEMPUTAN PROGRAM KAWALAN MUTU AIR MINUM (KMAM) PERINGKAT NEGERI KEDAH
📌 1 Oktober 2019 hingga 3 Oktober 2019 di Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
✅ Program ini diadakan bagi meningkatkan mutu air minum melalui pemantauan kualiti dari sumber air mentah dan air terawat. Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dijemput untuk bersama-sama menjayakan kajian kebersihan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.








JEMPUTAN SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019
📌 29 September 2019 (Ahad) di Dataran Sungai Selangor, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bahru, Selangor
✅ Sambutan Hari Sungai Sedunia telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor. Program ini diadakan sebagai inisiatif untuk memupuk semangat kesedaran tentang kepentingan memelihara sungai dalam kehidupan seharian.










LAWATAN PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DENGAN KERJASAMA UNIT OPERASI DAN PENYELIDIKAN
📌 25 September 2019 (Rabu) di Perairan Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Sesi penerangan dan serahan notis telah dijalankan untuk tujuan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Sangkar) bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.







LAWATAN PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DENGAN KERJASAMA UNIT OPERASI DAN PENYELIDIKAN
📌 24 September 2019 (Selasa) di LADA ECO – Tourism Sdn. Bhd., Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Satu serahan Notis Amaran telah dikeluarkan kepada premis atas kesalahan menjalankan aktiviti binaan di atas badan perairan.



LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI KUARI TANAH MERAH
📌 24 September 2019 (Selasa) di Kg Padang Goyang, Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Satu lawatan pemantauan tapak telah dijalankan bagi permohonan baru kuari tanah merah oleh Unit Operasi dan Penyelidikan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan.














