MAJLIS BUBUR ASYURA & SPRING CLEANING ANJURAN LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH
📌 22 September 2019 (Ahad) di Ruang Legar Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Majlis Bubur Asyura dan Spring Cleaning diadakan bersempena meraikan bulan Muharam disamping memupuk semangat silaturrahim dalam kalangan kakitangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

















LAWATAN KERJA BERSAMA YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN MERBOK
📌 21 September 2019 (Sabtu) di Loji Rawatan Air Merbok dan Loji Rawatan Air Tupah, Kedah Darul Aman.
✅ Lawatan ini dihadiri oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Empat buah telaga tiub telah berjaya dilaksanakan bagi menangani krisis air pada musim kemarau. 








LAWATAN PEMANTAUAN INTAKE OLEH UNIT KAWALAN DAN PENCEMARAN DENGAN KERJASAMA UNIT PENGUATKUASAAN.
📌 17 September 2019 (Selasa) di Intake Sungai Ular, Lubuk Buntar, Mahang dan Bikan, Kedah Darul Aman.
✅ Pengujian kualiti air dengan menggunakan alat multimeter keluaran HORIBA melalui parameter pH, Dissolve Oxygen, Conductivity, Turbidity dan Water Depth.








LAWATAN PEMANTAUAN INTAKE OLEH UNIT KAWALAN DAN PENCEMARAN DENGAN KERJASAMA UNIT PENGUATKUASAAN
📌 10 September 2019 (Selasa) di Intake Batu 5 Sik, Jeniang Baru, Jeniang Lama, Jeneri, Lubuk Merbau, Nami.
✅ Pengujian kualiti air dengan menggunakan alat multimeter keluaran HORIBA melalui parameter pH, Dissolve Oxygen, Conductivity, Turbidity dan Water Depth.






PROGRAM MELESTARIKAN SUNGAI DAN SALIRAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN
📌 8 September 2019 (Ahad) di Pekan Tikam Baru, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah menyertai Program Melestarikan Sungai dan Saliran anjuran Kerajaan Negeri Dengan Kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah. Program ini bertemakan Sungai Lestari, Harapan Kedah – Bersih, Indah, Nyaman bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan memelihara kawasan pengairan dan saliran.






UCAPAN PENGHARGAAN PELAJAR PRAKTIKAL TAMAT LATIHAN INDUSTRI
📌 23 Jun 2019 hingga 5 September 2019
✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Nurul Asma Binti Md Rodzi yang telah menjalani latihan industri di Unit Kawalan dan Pencemaran. Semoga ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan dan menjadi asas pengetahuan apabila berada di luar sana.

LAWATAN SIASATAN TAPAK BAGI ADUAN PENCEMARAN OLEH UNIT KAWALAN DAN PENCEMARAN SERTA UNIT PENGUATKUASAAN DENGAN KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG
📌 04 September 2019 (Rabu) di Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
✅ Siasatan telah dijalankan di anak sungai dan parit Kampung Permatang Pasir dan mendapati kualiti air yang kurang memuaskan. Punca pencemaran disiasat dan dipantau.








LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI BINAAN).
Lawatan Pemantauan Tapak Bagi Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Binaan). Sesi ini dijalankan pada 28 Ogos 2019 (Rabu) di Telaga Habour Park, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Semasa di lokasi wakil LSANK melaksanakan Kerja-kerja pengukuran keluasan tapak bagi melengkapkan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Binaan).
LAWATAN PEMANTAUAN INTAKE OLEH UNIT KAWALAN DAN PENCEMARAN DENGAN KERJASAMA UNIT PENGUATKUASAAN
Lawatan Pemantauan Intake Oleh Unit Kawalan Dan Pencemaran Dengan Kerjasama Unit Penguatkuasaan.lawatan dijalankan di Intake Telaga Tujuh, Langkawi, Kedah. Pada 27 Ogos 2019 (Selasa). Kaedah yang dijalankan adalah Pengujian kualiti air dengan menggunakan alat multimeter keluaran HORIBA melalui parameter pH, Dissolve Oxygen, Conductivity, Turbidity dan Water Depth.
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI SANGKAR) OLEH UNIT OPERASI DAN PENYELIDIKAN DENGAN KERJASAMA UNIT PENGUATKUASAAN
Lawatan Pemantauan Tapak Bagi Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Sangkar) Oleh Unit Operasi dan Penyelidikan Dengan Kerjasama Unit Penguatkuasaan.Lawatan berlangsung pada 27 Ogos 2019 (Selasa) di Langkawi, Kedah. Sesi penerangan dan serahan notis pemberitahuan kesalahan telah dijalankan untuk tujuan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Sangkar) bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.



































