JEMPUTAN SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019
📌 29 September 2019 (Ahad) di Dataran Sungai Selangor, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bahru, Selangor
✅ Sambutan Hari Sungai Sedunia telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor. Program ini diadakan sebagai inisiatif untuk memupuk semangat kesedaran tentang kepentingan memelihara sungai dalam kehidupan seharian.










JAS JOHOR TIDAK DAPAT SAHKAN DATA ANALISIS SUNGAI

Mohd Famey (kiri) menyaksikan penyerahan alat pengesan gas wakil industri kepada wakil sekolah dalam program pagi tadi. – FOTO: SINAR HARIAN
PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor tidak dapat mengesahkan data analisis pencemaran sungai yang didedahkan Biro Aduan Awam Putra Jumaat lalu.
Pengarahnya, Mohd Famey Yusoff berkata, teknik dan taktik pengambilan sampel air perlu mengikut piawaian ditetapkan bagi menentukan kepekatan bahan tercemar.
“Ada cara dan teknik sepatutnya dipatuhi ketika mengambil sesuatu sampel. Jadi pihak JAS tak dapat pastikan sama ada teknik dan taktik diambil individu memenuhi piawaian ditetapkan.
“JAS tak dapat nak pastikan data itu benar atau tidak sebab kita kena faham air itu mengalir,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan program Sekolah Angkat Industri Daerah Pasir Gudang (PROSPAG) 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang hari ini.
Menurutnya, data kandungan air yang mengalir akan berbeza setiap waktu.
“Kalau puan (pemberita) ambil (sampel air) sekarang dengan esok, (kandungannya) lain. Sampel jam sekarang dengan jam berikutnya pun dah lain sebab air itu mengalir.
“Jadi ini semua memainkan peranan dalam menentukan kepekatan bahan tercemar dalam air,” katanya.
Jumaat lalu Biro Aduan Awam Putra mendedahkan keputusan ujian makmal sampel air 10 lokasi di jajaran Sungai Kim Kim yang menunjukkan tahap pencemaran berganda daripada kategori sungai mati

Dalam pada itu Mohd Famey berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan hasil analisis semua sungai di Pasir Gudang kerana masih dalam siasatan.
“Bukan kata kita nak simpan (hasil analisis) tapi perkara itu masih dalam siasatan kita. Kalau saya dedahkan, kes pegawai penyiasat saya rosak. Jadi ada perkara yang kita perlu patuhi,” katanya.
Sementara itu dalam program fasa pertama itu, sebanyak 16 industri di Pasir Gudang telah menyerahkan alat pengesan gas kepada 20 buah sekolah angkat masing-masing.
Kata Mohd Famey, sehingga kini 64 industri di Pasir Gudang telah bersetuju untuk membekalkan alat pengesan gas kepada 111 sekolah yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim dan isu gangguan kesihatan.
LAWATAN PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DENGAN KERJASAMA UNIT OPERASI DAN PENYELIDIKAN
📌 25 September 2019 (Rabu) di Perairan Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Sesi penerangan dan serahan notis telah dijalankan untuk tujuan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Sangkar) bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.







LAWATAN PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DENGAN KERJASAMA UNIT OPERASI DAN PENYELIDIKAN
📌 24 September 2019 (Selasa) di LADA ECO – Tourism Sdn. Bhd., Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Satu serahan Notis Amaran telah dikeluarkan kepada premis atas kesalahan menjalankan aktiviti binaan di atas badan perairan.



LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI KUARI TANAH MERAH
📌 24 September 2019 (Selasa) di Kg Padang Goyang, Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Satu lawatan pemantauan tapak telah dijalankan bagi permohonan baru kuari tanah merah oleh Unit Operasi dan Penyelidikan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan.




SUNGAI MATI ANGKARA SISA INDUSTRI

Buih putih yang dilihat mengalir ke dalam Sungai Keluang.
Kelihatan cecair berbuih mencemari Sungai Keluang di Bayan Lepas pada Jun lalu
GEORGETOWN – Sungai Keluang berdekatan Zon Perindustrian Bayan Lepas di sini antara sungai bandar yang ‘mati’ angkara pencemaran sisa industri dari kawasan kilang dan air kumbahan sejak berbelas tahun lalu.
Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pencemaran di sungai itu kini pada tahap serius sejak pencemaran 13 tahun lalu yang bukan sahaja menyebabkan air sungai berkenaan menjadi hitam dan berlumpur tetapi kelihatan kotor serta jijik.
Menurutnya, pencemaran sisa industri dan air kumbahan menyebabkan sungai tersebut ‘mati’ di bahagian hilir kerana tiada hidupan manakala di permukaannya dipenuhi sampah sarap serta pelbagai bahan buangan yang termendap.
“Pencemaran Sungai Keluang menyebabkan kawasan berkenaan berbau busuk dan meloyakan kerana didapati punca pencemaran di sungai itu dari pembuangan sisa kilang, kediaman penduduk, premis perniagaan, bengkel, najis binatang dan najis manusia,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Katanya, sebagai contoh pada Jun lalu, CAP menerima aduan orang ramai yang terkejut dengan buih putih di sungai tersebut.
“Hasil tinjauan CAP, sisa itu didapati datang dari kawasan perindustrian Bayan Lepas melalui saluran yang terdapat di tempat itu. Lebih membimbangkan, ia terus mengalir ke kawasan jeti nelayan dan laut berdekatan.
“Perbuatan itu bukan sahaja menjejaskan mata pencarian nelayan di kawasan terbabit malah ikan dan kerang yang menjadi sumber pendapatan utama mereka akan mati,” katanya
Sementara itu, menerusi surat maklum balas, Ketua Cawangan JAS Bayan Lepas, Ramli Manap berkata, sisa kumbahan berbuih putih yang mengalir ke sungai berkenaan adalah dari loji kumbahan.
Dalam pada itu, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Masyarakat, Phee Boon Poh ketika dihubungi berkata, dalam mesyuarat 5 Julai lalu, Indah Water Konsortium (IWK) mengesahkan punca buih tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya sludge bulking yang tidak termendap ke dasar loji.
Kelihatan cecair berbuih mencemari Sungai Keluang di Bayan Lepas pada Jun lalu.
Menurutnya, disebabkan perkara itu, ia menyebabkan filamen bakteria terbentuk dan menghasilkan buih.
“Kejadian itu disebabkan kerosakan peralatan pada Pam Return Activated Sludge (RAS). Selain itu, lebihan kapasiti menyebabkan kandungan bahan pencuci tidak terurai dalam efluen.
“Faktor lain adalah kemasukan punca yang tidak dibenarkan ke sistem pembentungan seperti pembuangan bahan larangan secara haram ke sistem pembentungan,” katanya.
Boon Poh berkata, bagi mengatasi masalah buih tersebut, IWK Sdn Bhd akan memasang peralatan antibuih.
“Kerja pemasangan peralatan itu telah selesai pada 15 Julai lalu selain peralatan yang rosak diganti segera dalam tempoh sebulan.
“Selain itu, JAS Pulau Pinang akan terus memantau tindakan IWK Sdn Bhd dan melakukan pensampelan rasmi air kumbahan,” katanya.
Di Pulau Pinang, selain Sungai Keluang, beberapa batang sungai lain seperti Sungai Juru, Sungai Pinang dan Sungai Perai turut dikhuatiri semakin tercemar.
Sungai-sungai tersebut turut disenaraikan dalam 51 sungai tercemar di Malaysia dalam kelas empat dan kelas lima.
https://www.sinarharian.com.my/article/49082/BERITA/Nasional/Sungai-mati-angkara-sisa-industri
80 PERATUS SUNGAI BANDAR ‘MATI’
SHAH ALAM – Lebih 80 peratus sungai di bandar-bandar utama di negara ini boleh dianggap sungai ‘mati’ akibat pencemaran terutamanya sisa industri yang semakin meningkat setiap tahun.
Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mendedahkan, akibat pembangunan pesat kebanyakan sungai di bandar kehilangan keupayaan ekosistem untuk membekalkan air bersih, memproses kumbah dan mengekalkan produktivitinya.
Katanya, malah ada sungai berada pada tahap nazak dengan dipenuhi sampah-sarap terutamanya plastik, botol-botol, tayar terpakai, malah membentuk pulau kecil menyebabkan air sungai hitam dan mengeluarkan bau busuk.
“Antara contoh beberapa sungai dikategorikan sebagai tercemar di Malaysia termasuklah Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Segget di Johor dan Sungai Klang di Selangor.
“Terkini mengikut data berkenaan pada tahun lalu terdapat 63 sungai dikategorikan tercemar berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2017, sekitar 52 sungai dan 38 sungai (tahun 2016),” kata pakar hidrologi dan permodelan sungai itu kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Ekhwan yang juga Mantan Timbalan Naib Cancelor UKM dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Penyelidikan dan Inovasi) berkata, trend kualiti air sungai di negara ini mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai status pencemaran 120 lembangan sungai utama di Malaysia daripada tahun 2005 hingga 2018 agak membimbangkan kerana sungai-sungai dikategorikan sebagai tercemar tidak banyak berubah semenjak tahun 2005.
Menurutnya, lebih menyedihkan, kebanyakan sungai yang mengalami pencemaran terletak di kawasan bandar, lokasi majoriti masyarakatnya adalah dalam kalangan terpelajar dengan sebahagian besar bahan yang mencemarkannya berasal daripada pelbagai sumber termasuk air daripada loji kumbahan, premis industri dan komersial, perumahan serta akibat jumlah aliran yang kecil berikutan kawasan berturap begitu luas.
“Terjahan pembangunan turut meningkatkan kadar sedimentasi di dalam sungai. Selepas merdeka, banyak kawasan hutan telah diterangkan dan dibangunkan sebagai bandar kluster dan bandar satelit.
“Kawasan penempatan baharu wujud seiring dengan kawasan zon perindustrian baharu seperti di Pasir Gudang di Johor, Batu Berendam di Melaka, Senawang di Negeri Sembilan dan Sepang di Selangor,” katanya.
Menurutnya, di kawasan Lembah Klang, misalnya, dianggarkan secara purata, sebanyak 2,950 tan/km2 keladak mengalir ke sungai-sungai.
“Setakat ini, 25 sungai iaitu 16 sungai di Johor, lima di Lembah Klang, tiga di Pulau Pinang dan satu di Melaka dikategorikan sebagai pencemaran, menjadikan keseluruhan sebanyak 32 sungai disenaraikan dalam kategori kelas empat dan kelas lima.
“Kesan pencemaran sungai menjejaskan bekalan air bersih kepada masyarakat di kawasan bandar. Masyarakat terpaksa membayar kos tinggi bagi menampung semula kos rawatan air di loji. Ia tentunya akan menyebabkan bil perkhidmatan air lebih mahal.
“Kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih besar bagi menguruskan air mentah untuk dirawat, mencari sumber air alternatif seperti air bawah tanah, air laut disuling atau air hujan,” katanya.
Ekhwan berkata, sungai telah tercemar semenjak bermulanya campur tangan manusia dalam ekosistem sungai.
“Pelbagai perubahan aktiviti ekonomi mencetuskan peningkatan bahan mencemar. Aktiviti antropogenik yang dipacu oleh era revolusi industri menyebabkan pelbagai industri tumbuh dengan pesat dan menyumbang kepada pencemaran ekosistem sungai,” katanya.
Dalam satu pendedahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) beberapa tahun lalu, kira-kira 300,000 tan sampah cukup untuk mengisi 110 kolam renang saiz Olimpik dibuang ke dalam sungai setiap tahun dan aktiviti tidak bertanggungjawab itu menyumbang kepada krisis air di negara ini.
Ekhwan menegaskan, dalam usaha menyelamatkan sungai daripada terus tercemar, tumpuan perlu diberikan di kawasan lembangan dan tadahan air. Ia sepatutnya dilindungi dan dipelihara untuk selama-lamanya.
“Saya lebih suka menggunakan istilah melestarikan sungai bagi mengatasi masalah pencemaran sungai.
“Apabila bercakap tentang melestarikan air sungai, akan terdapat unsur-unsur perselisihan dan persaingan dalam urusan pengurusan sumber air bersih dari sungai,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/48932/BERITA/Nasional/80-peratus-sungai-bandar-mati
MAJLIS BUBUR ASYURA & SPRING CLEANING ANJURAN LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH
📌 22 September 2019 (Ahad) di Ruang Legar Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Majlis Bubur Asyura dan Spring Cleaning diadakan bersempena meraikan bulan Muharam disamping memupuk semangat silaturrahim dalam kalangan kakitangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

















LAWATAN KERJA BERSAMA YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN MERBOK
📌 21 September 2019 (Sabtu) di Loji Rawatan Air Merbok dan Loji Rawatan Air Tupah, Kedah Darul Aman.
✅ Lawatan ini dihadiri oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Empat buah telaga tiub telah berjaya dilaksanakan bagi menangani krisis air pada musim kemarau. 








LAWATAN PEMANTAUAN INTAKE OLEH UNIT KAWALAN DAN PENCEMARAN DENGAN KERJASAMA UNIT PENGUATKUASAAN.
📌 17 September 2019 (Selasa) di Intake Sungai Ular, Lubuk Buntar, Mahang dan Bikan, Kedah Darul Aman.
✅ Pengujian kualiti air dengan menggunakan alat multimeter keluaran HORIBA melalui parameter pH, Dissolve Oxygen, Conductivity, Turbidity dan Water Depth.























