KEDAH CATAT REKOD KUTIPAN HASIL TERTINGGI RM816 JUTA
Nur Akasyah Sabri
Wartawan UPDA
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah mencatatkan rekod kutipan hasil tertinggi dalam tempoh 25 tahun dengan nilai sebanyak RM816 juta.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pencapaian ini melepasi sasaran ditetapkan iaitu 103 peratus, sekali gus mengatasi kutipan hasil bagi tahun 2025 dengan jumlah RM790 juta.
“Lebih membanggakan, pencapaian kutipan hasil 100 peratus ini telah berjaya direalisasikan selama dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2024 dan 2025.
“Saya berharap agar kejayaan ini dapat dicapai lagi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat 2026 sempena Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah, di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anwar Syed Abidin.
Mengulas lanjut, beliau berkata aliran peningkatan hasil negeri menunjukkan trend yang semakin memberangsangkan dari tahun ke tahun.
“Pada tahun 2023, jumlah hasil dikutip ialah sebanyak RM629 juta, meningkat kepada RM769 juta pada tahun 2024, dan seterusnya mencapai RM816 juta pada tahun 2025,” jelasnya.
Dalam pada itu, Sanusi berkata kerajaan negeri turut mencatatkan lebihan atau surplus sebanyak RM48 juta hasil perbandingan antara kutipan hasil dan perbelanjaan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta agensi lain yang menyumbang secara signifikan kepada hasil negeri melalui pulangan keuntungan untuk manfaat rakyat.
“Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan seluruh jentera pentadbiran negeri dalam melaksanakan serta menjayakan dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat,” ucapnya.
sumber : Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

- Published in Berita
Rondaan terhadap aktiviti binaan dalam rizab sungai
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan dan rondaan terhadap aktiviti binaan dalam rizab sungai yang melibatkan pusat peranginan di Daerah Kulim.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti demi memastikan semua pengusaha mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Perundangan Subsidiari dibawahnya.

- Published in Aktiviti
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐀𝐤𝐮𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐮𝐫
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah mengadakan lawatan tapak dan sesi perbincangan di Kolam Ternakan Ikan Susu, Daerah Kuala Muda, Kedah.
Lawatan ini turut disertai oleh YB Dato’ Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Air, Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air & Alam Sekitar dan YB Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab.Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan bagi membincangkan potensi ternakan ikan susu serta merangka strategi memperkenalkannya sebagai produk signifikan Negeri Kedah.
Usaha ini dilihat mampu memperkukuhkan sektor akuakultur negeri dan membuka peluang ekonomi kepada pengusaha dan masyarakat setempat, sejajar dengan agenda pembangunan sumber air dan keterjaminan makanan negeri bagi kelestarian Negeri Kedah.

- Published in Aktiviti
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SERVER LSANK2U
- Published in Pemakluman
Stesen Pemantauan Kualiti Air
Lembaga Sumber Air telah membangunkan 3 buah stesen pemantauan qualiti air untuk memastikan qualiti air di dua lembangan sungai dalam keadaan baik untuk kegunaan pengguna di Negeri Kedah. Tiga buah stesen berikut ditempatkan di Lembangan Sungai Kedah satu unit manakala dua unit lagi ditempatkan di Lembangan Sungai Muda
| STESEN | LEMBANGAN |
| LSK 1 | Sungai Kedah-Sungai Padang Terap |
| LSM 1 | Sungai Muda-Sidam |
| LSM 2 | Sungai Muda-Kuala Ketil |

Warga Kedah /Maya boleh melayari https://wqms.lsank2u.gov.my/public untuk mengetaui status kualiti air semasa
- Published in Pemakluman
𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air di kawasan Kampung Charok Bakong, Daerah Sik yang melibatkan premis menjalankan aktiviti penternakan haiwan. Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan kerana premis didapati bersalah, tidak mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pengabstrakan Air) 2015 dan premis dikehendaki untuk membuat permohonan lesen dalam kadar segera.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.

- Published in Aktiviti
𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air di kawasan Kampung Durian, Daerah Pendang yang melibatkan premis menjalankan aktiviti ternakan udang kara.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.

- Published in Aktiviti
𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
LSANK telah menyertai Program Liqa Mahabbah Perdana dan Himpunan Solidariti Peringkat Negeri Kedah Sempena Festival Sunnah 7.0 yang bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
LSANK tidak terkecuali menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas dengan bencana di Negeri Kedah. Bantuan disalurkan kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah oleh Encik Ahmad Syukri bin Abdullah, Ketua Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar.
Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan mangsa-mangsa bencana yang terkesan. Semoga Negeri Kedah juga terus menjadi negeri dimana tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti.

- Published in Aktiviti











