LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI PERMOHONAN BARU TANAH MERAH
Lawatan pemantauan tapak bagi permohonan baru tanah merah Oleh Unit Operasi dan Penyelidikan bersama Unit Penguatkuasaan. Kawasan Felcra In-Situ, Kampung Kok, Mukim Padang Matsirat, Langkawi, Kedah Darul Aman. Pemantauan tapak untuk ulasan teknikal Pejabat Tanah Daerah Langkawi.
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI REKREASI SUKAN AIR).
Lawatan pemantauan tapak bagi lesen aktiviti badan perairan (aktiviti rekreasi sukan air). Tanjung Rhu, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Semakan ke atas peralatan sukan air bagi melengkapkan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Rekreasi Sukan Air).
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI PERMOHONAN LESEN AKTIVITI PELEPASAN EFLUEN
Lawatan Pemantauan Tapak Bagi Permohonan Lesen Aktiviti Pelepasan Efluen oleh Unit Operasi dan Penyelidikan, Unit Kawalan Dan Pencemaran bersama Unit Penguatkuasaan.
Tapak ternakan katak, Yuan Sheng Sea, Kulim, Kedah.
Satu persampelan kualiti air telah diadakan untuk melengkapkan permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pelepasan Efluen) 2017.
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI PERMOHONAN BARU KUARI PASIR DARAT
Lawatan Pemantauan Tapak Bagi Permohonan Baru Kuari Pasir Darat oleh Unit Operasi dan Penyelidikan bersama Unit Penguatkuasaan Kampung Bongol Berangan, Labu Besar, Baling,Kedah Darul Aman. Satu serahan Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan kepada premis atas kesalahan menjalankan aktiviti pengabstrakan air tanpa lesen.
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI ADUAN PENCEMARAN ENAPCEMAR NAJIS KE DALAM ALUR AIR
Lawatan Pemantauan Tapak Bagi Aduan Pencemaran Enapcemar Najis ke dalam Alur Air Oleh Unit Kawalan Dan Pencemaran Dengan Kerjasama Unit Penguatkuasaan di Kampung Alor Bunga Sena, Mukim Kepayang, Pendang, dan Kerpan Kedah Darul Aman. Satu persampelan kualiti air telah diadakan bagi mengenalpasti parameter pencemaran yang terlibat mengikut Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pelepasan Efluen) 2017.
LAWATAN TAPAK PEMANTAUAN AKTIVITI KUARI BERKAITAN PELESENAN DIBAWAH PERATURAN-PERATURAN SUMBER AIR KEDAH DI DAERAH KUALA MUDA DAN KULIM
Pada 1 Ogos 2019, Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, (LSANK) telah membuat lawatan turun padang ke tapak aktiviti kuari di Daerah Kuala Muda dan Kulim. Lawatan bertujuan untuk melihat sejauh mana pematuhan pemegang lesen kuari terhadap Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah. Kunjungan Puan Pengarah pada hari tesebut diiringi oleh Jurutera Unit Operasi dan Penyelidikan, Pegawai Sains dari Unit Kawalan dan Pencemaran, Pegawai Undang-undang dari Unit Perundangan dan Penguatkuasaaan serta beberapa kakitangan dari unit penguatkuasaan.
Progam lawatan dimulakan dengan Puan Pengarah dibawa melihat kawasan kuari yang dikatakan tidak beroperasi kerana kuari tersebut menangung kerugian akibat perjalanan operasi yang tidak lancar susulan daripada kekurangan bekalan pasir darat di lokaliti tersebut. Seterusnya beliau dibawa pula meninjau ke lokasi yang masih beroperasi yang berskala besar di daerah tersebut, tujuannya adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara pengeluaran pasir dari sungaimenggunakan kaedah pam dan pontun.
Lawatan berakhir dengan, Puan Pengarah dengan diiringi oleh semua kakitangan yang terlibat melawat tapak pelupusan sampah haram di Kampung Kemumbung Sidam Kiri, Kuala Muda Kedah berikutan aduan yang diwarkan-warkan melalui media bagi meninjau kawasan tebing sungai yang dikuatiri terjejas akibat pelupusan sampah. Program lawatan berakhir pada jam 7:00 petang.
LAWATAN YB IR ZAMRI BIN YUSUF KE EMPANGAN AHNING


Sesi penerangan empangan Ahning oleh wakil MADA 


Yb IR Zamri Bin Yusuf , Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga telah mengadakan lawatan ke Empangan Ahning pada 29 Julai 2019. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memantau rumah pam Ahning bagi cadangan Stesen Janakuasa Elektrik. Semasa lawatan demontrasi pelepasan air djalankan untuk tatapan tetamu. Antara angensi yang turut terlibat dalam lawatan tersebuta adalah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatabn Pengairan Dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Tanah dan Daerah Padang Terap (PTD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), penyelaras Dun dan Penghulu.
HARI BERTEMU PELANGGAN LSANK / 8 JULAI 2019 – 12 JULAI 2019 / PULAU LANGKAWI, KEDAH
Hari Bertemu Pelanggan LSANK melibatkan kolaborasi di antara Bahagian Pembangunan dan Bahagian Undang-Undang dan Penguatkuasaan untuk mendekati bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada yang menjalankan aktiviti pengabstrakan air, aktiviti badan perairan dan aktiviti pelepasan efluen. Memilih Pulau Langkawi sebagai lokasi Hari Bertemu Pelanggan LSANK yang julung kali diadakan ini dikira sebagai platform ‘One Stop Centre’ dalam menyelesaikan sebarang permasalahan pelanggan yang timbul dan merupakan satu pendekatan yang holistik untuk menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus, cekap dan mencapai sasaran mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
Tujuan Hari bertemu Pelanggan LSANK diadakan adalah seperti berikut :
- menyediakan platform untuk berhubung secara langsung dengan pelanggan utama iaitu bakal pelanggan, kakitangan dan pemegang lesen bagi memastikan keperluan pelanggan dikenalpasti dan difahami
- menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada ketidakfahaman terhadap perkhidmatan yang disediakan
- memberi pendedahan terhadap perkhidmatan yang disediakan dengan proses kerja (SOP) dan peraturan-peraturan yang digunapakai oleh LSANK.
- mendapatkan maklum balas pelanggan berkaitan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan,
- Published in Aktiviti





















































































