SIASATAN PENYUSUTAN AIR DI SUNGAI MUDA
Atas arahan Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah menjalankan siasatan di tapak pada 14 April 2020 hingga 16 April 2020 bagi mengetahui punca kepada penyusutan air di Sungai Muda. Satu inisiatif telah dijalankan dengan menubuhkan 3 pasukan bagi menyiasat perkara tersebut.
📌 Pasukan pertama : Menjalankan pemantauan di LRA Jeneri, Jeniang / Sg Pau, Teloi Kanan dan Bukit Selambau.





Pasukan kedua : Menjalankan pemantauan di LRA Sg Limau, Baling, Sg Dua serta Pam Pengairan JPS di Landak, Sidam Kiri, Terat Batu, Pinang Tunggal dan Bumbung Lima.







Pasukan ketiga : Menjalankan pemantauan di LRA Kuala Ketil, Kulim Hi Tech, Pinang Tunggal, Sg Petani serta Pam Pengairan JPS di Kemubung, Sidam Kiri, Pantai Prai, Pinang Tunggal, Pekula, Kota II.







Hasil dari pemantauan yang telah dijalankan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, tiada kecurian atau pengambilan air tambahan di Sungai Muda. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pihak operator kuari pasir tidak menjalankan aktiviti kuari. Penurunan paras air di Lembangan Sungai Muda disebabkan proses hidrologi yang telah terganggu akibat aktiviti pembukaan tanah, perbandaran, pembalakan dan tanaman semula yang memberi impak kepada simpanan air di kawasan tadahan air yang menyebabkan air hujan mengalir terus ke sungai dan laut.
KURSUS PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN PACUAN 4 RODA – HARI KETIGA hi
📌 1 Februari 2020 (Sabtu) di Tanjung Malim, Perak.
✅ 10 orang pegawai dari Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah diberi tugasan iaitu ujian kefahaman sebelum tamat berkursus dan sesi penyampaian sijil telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua yg menyertai kursus ini. Tahniah dan syabas! Diharapkan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.













KURSUS PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN PACUAN 4 RODA – HARI KEDUA
📌 31 Januari 2020 (Jumaat) di Tanjung Malim, Perak.
✅ 10 orang yg menyertai kursus ini telah mempelajari dan membuat praktikal pemanduan 4×4 dengan pelbagai laluan serta cabaran. Antara laluan yg dipelajari adalah seperti laluan berlumpur, laluan berpasir, menyeberangi sungai, laluan mendaki dan menuruni bukit, laluan condong, laluan V gullies serta laluan berlicin.














KURSUS PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN PACUAN 4 RODA – HARI PERTAMA
📌 30 Januari 2020 (Khamis) di Tanjung Malim, Perak.
✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi 2 orang pemandu dan 8 orang pemandu yang diberi kuasa untuk memandu. Kursus ini adalah bertujuan untuk mempelajari sistem pacuan 4 roda dan komponennya secara teori. Selain itu, peserta yang mengikuti kursus ini dapat mengendali kenderaan pacuan 4 roda secara off-road.










PAMERAN SEMPENA KEMPEN JIMAT JANGAN BAZIR
📌 21 Januari 2020 (Selasa) di Perkarangan Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Seluruh rakyat negeri Kedah diharap dapat menyahut cabaran untuk mengurangkan pembaziran air supaya bekalan air sentiasa mencukupi di samping dapat mengurangkan bayaran bil air itu sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga, Dato’ Zamri Yusuf berkata, purata individu atau pengguna di negeri ini didapati menggunakan air sebanyak 230 liter sehari iaitu antara yang terbanyak di negara ini.
Untuk itu katanya, kerajaan negeri menetapkan sasaran supaya jumlah itu dapat dikurangkan kepada hanya 200 liter saja sebagai permulaan mencapai sasaran 180 liter seperti ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
“Dalam merealisasikan impian ini, kita menyediakan ganjaran terbuka kepada rakyat negeri ini yang dapat menurunkan penggunaan air dua bulan berturut-turut dan hadiah akan disampaikan pada program Hari Air Sedunia 2020 pada bulan Mac nanti.
“Pihak kerajaan juga turut menyediakan hadiah perdana yang nilai keseluruhannya mencecah RM100,000. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratusan tertinggi yang dapat dijimatkan oleh pemegang akaun berkenaan sepanjang dua bulan berturut-turut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Jimat Jangan Bazir 2020 Peringkat Negeri Kedah bertemakan ‘Harapan 2020 : Berkongsi Masa Depan’ di Pekarangan Muzium Negeri Kedah di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan serta Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Summugam Rengasamy; Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd Fazil Ismail dan Pengurus SPAN Wilayah Utara, Mohd Rafie Othman.
Kalangan pemegang akaun yang berminat untuk menyertai cabaran tersebut boleh mendaftar di laman facebook ‘Kedah Water Hero’ bermula hari ini hingga 15 Mac depan.










MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI DAN HARI BERSAMA PELANGGAN BERSAMA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN
📌 19 Januari 2020 (Ahad) di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Majlis ini diadakan bersama Program Hari Bersama Pelanggan yang disertai oleh 60 jabatan & agensi kerajaan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar Kedah menyeru para penjawat awam meneliti proses kerja dan prosedur urusan agar lebih mesra pelanggan dan memenuhi kehendak rakyat.




LSANK FAMILY DAY 2019
📌 26 Disember 2019 (Khamis) di Chalet Alang Kenari, Yan, Kedah Darul Aman.
✅ LSANK Family Day 2019 telah berjaya dilaksanakan dengan tujuan menyemai semangat kekeluargaan di antara kakitangan dan ahli keluarga. Diharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.














https://www.lsank.gov.my/media/img_5775.mov















AGIHAN LEBIHAN HASIL LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH KE AKAUN BENDAHARI NEGERI KEDAH
📌 17 Disember 2019 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar Kedah Darul Aman.
✅ Sesi penyampaian agihan lebihan hasil Lembaga Sumber Air Negeri Kedah diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah bersempena Mesyuarat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2019.


MALAYSIAN WATER ENGINEERS ACTION COMMITTEE (MYWAC) 32th ANNUAL CONFERENCE 2019
📌 26 November 2019 hingga 28 November 2019 di Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang.
✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah menyertai MYWAC yg bertujuan untuk mengetahui dan mendalami model pengurusan sisa yang diaplikasikan di Belanda. MYWAC dihadiri oleh agensi kerajaan, para universiti, para pengkaji dan lain-lain.







JEMPUTAN PROGRAM SUNGAI LESTARI HARAPAN BERSAMA – HARI SUNGAI DAN KOMUNITI
📌 28 November 2019 (Khamis) di Perkarangan Kg Berjaya, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masayarakat setempat betapa pentingnya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, program ini disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, golongan IPT dan komuniti. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Air dan Bekalan Air. Program ini telah berjaya dilaksanakan dan tahniah kepada pihak penganjur, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.





















