• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Maklumbalas / Aduan
  • Peta Laman

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Profil
      • Perutusan Pengarah
      • Penubuhan
      • Objektif
      • Fungsi
      • Punca Kuasa
      • Visi & Misi
      • Logo Rasmi
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian
    • Pengurusan
      • Bidang Kuasa
      • Ahli Lembaga Pengarah
      • Pengarah
      • Carta Organisasi
      • Bahagian & Unit
      • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Perkhidmatan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Perundangan
      • Perundangan Subsidiari
      • Pelan Antirasuah
    • Pekeliling & Dasar
      • Pekeliling
      • Dasar
    • Penerbitan
      • Laporan Tahunan
      • Buletin LSANK
      • Pelan IRBM
      • Pelan ICM
      • Laporan Sungai Negeri Kedah
      • Laporan Pantai Negeri Kedah
    • Statistik
      • Perkhidmatan Dalam Talian
      • Kes Kemalangan
      • Prestasi Piagam Pelanggan
      • Statistik Maklumbalas & Aduan
    • Arkib
      • Pengumuman
      • Berita
      • Tender & Sebutharga
      • Keratan Akhbar
      • Kenyataan Media
      • Laporan Kajian
  • AWAM
    • Pelesenan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Direktori Kakitangan
      • Unit Pengurusan Lembangan Dan Perairan Pantai
      • Unit Perlindungan Dan Sumber Air
      • Unit Operasi Dan Penyelidikan
      • Unit Kawalan Dan Pencemaran
      • Unit Undang-Undang Dan Penguatkuasaan
      • Unit Pengurusan
      • Bahagian Penguatkuasaan
      • Unit Teknologi Maklumat
      • Unit Komunikasi Dan Korporat
    • Maklumbalas / Aduan
    • Pekeliling & Dasar
    • Jawatan Kosong
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman
    • Berita
    • Keratan Akhbar
    • Kenyataan Media
  • PELANGGAN
    • Direktori Kakitangan
    • Pelesenan
    • Maklumbalas / Aduan
    • Tender & Sebutharga
    • Soalan Lazim
  • WARGA LSANK
  • PEMBAYARAN
  • HUBUNGI KAMI
PERKHIDMATAN
  • Home
  • Articles posted by korporat
  • Page 2
14/07/2026

Author: korporat

SESI PENYERAHAN SUMBANGAN LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2020

Wednesday, 16 December 2020 by korporat

Sesi penyerahan sumbangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah kepada Kerajaan Negeri Kedah telah berjaya diadakan pada 16 Disember 2020 (Rabu) jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Exco, Aras 6, Blok E, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Sumbangan ini telah diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah bersempena Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

TUNTUTAN PEMBAYARAN UNTUK KETERJAMINAN EKOSISTEM DI ULU MUDA

Saturday, 12 December 2020 by korporat

Kerajaan Negeri Kedah melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.

Walaupun PBAPP menyatakan air yang diabstrak adalah di sebelah Negeri Pulau Pinang, namun tidak dapat dinafikan bahawa kawasan tadahan Ulu Muda yang membekalkan sumber air mentah kepada Negeri Pulau Pinang terletak di Negeri Kedah.

Selain itu, kos penyelenggaraan sepanjang sungai yang merentasi daerah-daerah di Negeri Kedah perlu diambilkira kerana kos ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Kerajaan Negeri Kedah telah mendapati “Rare Earth Element” atau REE yang ditemui di Ulu Muda merupakan suatu bentuk galian mineral untuk menjana hasil baharu kepada Kerajaan Negeri Kedah. Justeru, semua pihak perlu menghormati dan tidak campur tangan dengan hak yang boleh diambil oleh Negeri Kedah demi kemakmuran bersama.

Pewartaan Enakmen Negeri yang menyatakan sempadan negeri diletakkan di garis pusat Sungai Muda telah pun berusia 35 tahun. Merujuk kepada asas pertimbangan “demand & supply” bekalan air pada ketika itu, tiada caj dinyatakan tetapi ianya perlu disemak dan dikaji semula pada masa kini.

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah masih belum diwujudkan pada ketika itu. Ianya baru ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Kedah selepas pewartaan Enakmen Sumber Air Kedah 2008 pada 27 Mac 2008. Lembaga Sumber Air Negeri Kedah adalah sebuah badan yang menguruskan sumber air di Negeri Kedah dan bertanggungjawab untuk memastikan sumber air negeri ini sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara.

Selain itu, keperluan dan permintaan bekalan air terawat telah meningkat dengan mendadak berikutan dengan aktiviti perebakan pembangunan pada masa kini. Ini mengakibatkan jaminan terhadap sumber air mentah perlu sentiasa mencukupi dan tersedia. Oleh yang demikian, kos untuk mengekalkan sumber air mentah harus diberi perhatian yang serius agar dapat menampung keperluan tersebut.

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengenakan caj pengabstrakan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. bagi setiap meter padu untuk kegunaan pembekalan air terawat kepada rakyat di Negeri Kedah. Pulau Pinang turut mengabstrak sumber air yang sama meskipun di sebelah Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, adalah wajar sekiranya Kerajaan Pulau Pinang membuat pembayaran berbentuk “payment for ecosystem” kepada Kerajaan Negeri Kedah atas tujuan bagi mengekalkan kawasan tadahan air sebagai kawasan tadahan termasuk kos penyelenggaraan dan pemuliharaan sepanjang Sungai Muda yang akan berkeupayaan untuk menjamin bekalan air mentah yang berterusan dan mencukupi bagi keperluan rakyat di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK.
Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Read more
  • Published in Berita
No Comments

SALAM AIDILADHA 144H

Thursday, 29 October 2020 by korporat
Read more
  • Published in Arkib
No Comments

MAJLIS BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

Wednesday, 28 October 2020 by korporat

Kelab Sukan Dan Kebajikan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW bersempena Maulidur Rasul 1442H pada 28 Oktober 2020 (Rabu) jam 3.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah bersama warga kerja Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Apakah kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW?

1) Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku, nescaya Allah SWT akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.

2) Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa kecil dengan kita berselawat sebanyak 11 kali setiap hari setelah selesai menunaikan solat fardu.

3) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air yang diminum. InsyaAllah, akan sembuh.

4) Sesiapa yang berselawat 1000 kali pada malam jumaat, InsyaAllah akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Read more
    • Published in Aktiviti, Arkib
    No Comments

    LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERJA RAYA, BEKALAN AIR DAN SUMBER AIR, TENAGA DAN PENGAIRAN & SALIRAN

    Tuesday, 27 October 2020 by korporat

    Lawatan ini telah berjaya diadakan pada 26 Oktober 2020 (Isnin) jam 2.00 petang di Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman dan diketuai oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga Dan Pengairan & Saliran bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah.

    Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Pengarah Operasi Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda seterusnya lawatan ke Baraj PLSM dan Baraj PBAPP untuk mengetahui operasi pelaksanaan yang dijalankan dengan lebih jelas.

    Di akhir lawatan, kami sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW. Terima kasih atas kerjasama warga kerja Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda yang sudi meluangkan masa menerima kunjungan kami.

    Read more
    • Published in Aktiviti, Arkib
    No Comments

    SEMINAR KESEIMBANGAN KELUARGA @ KERJA

    Monday, 12 October 2020 by korporat

    Keluarga @ kerja merupakan salah satu modul yang boleh meningkatkan motivasi diri di dalam kalangan kakitangan disamping mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

    Seminar ini telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bermula pada 11 Oktober 2020 Dan 12 Oktober 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Seminar ini dihadiri oleh 37 orang kakitangan yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

    Dalam menghadiri seminar ini, semua kakitangan didedahkan kepada bagaimana untuk mengenali emosi, kreativiti dalam menguruskan keluarga dan kerja.

    Di akhir seminar ini, semua kakitangan diajar untuk melaksanakan terapi ketawa yang pastinya menghilangkan tekanan yang dihadapi. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

    Read more
    • Published in Aktiviti, Arkib
    No Comments

    PEMERIKSAAN KESIHATAN KAKITANGAN LSANK

    Monday, 12 October 2020 by korporat

    ‘Kesihatan adalah kekayaan’ adalah penting untuk menjadikan pemeriksaan kesihatan seperti indeks jisim badan (BMI), tinggi/berat badan, tekanan darah dan bacaan denyutan, paras kolestrol serta kandungan gula di dalam badan sebagai satu rutin.

    Sehubungan dengan itu, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK. telah mengambil inisiatif untuk membuat saringan kesihatan kepada semua kakitangan bagi mengesan sebarang penyakit secara awalan pada 8 Oktober 2020 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Utama, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

    Lembaga Sumber Air Negeri Kedah memandang serius terhadap isu kesihatan dan kebajikan kakitangan kerana kakitangan merupakan aset bernilai bagi memantapkan organisasi sesebuah jabatan. Semua kakitangan member kerjasama terhadap pemeriksaan kesihatan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan dan terima kasih Pathlab Alor Setar kerana sama-sama membantu menjayakan pemeriksaan kesihatan tersebut.

    Read more
    • Published in Aktiviti, Arkib
    No Comments

    OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PENCEMARAN SUNGAI

    Tuesday, 06 October 2020 by korporat

    Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai Operasi Bersepadu Pemantauan Pencemaran Sungai pada 5 Oktober 2020 (Isnin).

    Operasi bersepadu pemantauan pencemaran sungai di Relau telah dihadiri oleh Majlis Daerah Bandar Baharu, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan wakil penduduk Kampung Padang serta Kampung Ulu.

    Read more
    • Published in Aktiviti, Arkib
    No Comments

    LAWATAN KERJA KE LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

    Tuesday, 08 September 2020 by korporat

    Lawatan kerja telah diadakan selama dua hari iaitu 13 Ogos 2020 (Khamis) dan 14 Ogos 2020 (Jumaat) yang bertujuan untuk mengetahui maklumat terperinci tentang pelaksanaan projek serta fungsi Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) di Negeri Selangor.

    Lawatan ini disertai oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga Dan Pengairan & Saliran, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah serta 10 orang kakitangan daripada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

    Di akhir lawatan, sesi bertukar maklumat serta pandangan tentang pengurusan pelesenan abstraksi sumber air telah diadakan bagi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

    Read more
    • Published in Aktiviti, Arkib
    No Comments

    MAJLIS BUBUR ASYURA LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH TAHUN 2020

    Thursday, 03 September 2020 by korporat

    Memasak bubur asyura adalah salah satu adat yang telah dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya Bulan Muharram. Oleh itu, bersempena kedatangan Bulan Muharram, Unit Pengurusan telah melaksanakan Majlis Bubur Asyura yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan. Majlis ini diketuai oleh Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK. selaku Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

    Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kakitangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah yang telah berjaya menyediakan dan mengedarkan 130 bekas bubur asyura. Aktiviti berakhir jam 3.00 petang.

    Read more
    • Published in Aktiviti, Arkib
    No Comments
    • 1
    • 2
    • 3
    • 4

    STATISTIK

    • 1
    • 90
    • 457
    • 1,673
    • 26,095

    HUBUNGI KAMI

    Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

    Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman
    05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman

    Tel : +604-702 7667
    Fax : +604-702 7655

    [email protected]

    DISCLAIMER

    Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

    © 2026 Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. All Rights Reserved.

    TOP

    WhatsApp us