SEMINAR SKIM PELESENAN LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA JABATAN VETERINAR NEGERI KEDAH
📌 21 November 2019 (Khamis) di Purest Hotel, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
✅ Seminar ini telah dilaksanakan dengan jayanya bagi memberi pendedahan tentang pelaksanaan skim pelesenan serta memberi penekanan yang lebih efektif berkaitan peraturan, garis panduan dan syarat kepada pengusaha ladang unggas. Seminar ini melibatkan 290 pengusaha ladang unggas di Negeri Kedah. Penganjuran seminar berskala besar seperti ini telah membuktikan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah berjaya maju ke hadapan melalui pendekatan smart partnership dalam menyampaikan maklumat dasar pelaksanaan skim pelesenan terutamanya dari aspek pendedahan yang berkualiti.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM PEMENTORAN 2019
📌 10 November 2019 (Ahad) di Hotel Royale Signature, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Program ini disertai oleh 2 orang Pembantu Penguatkuasa Lembaga Sumber Air Negeri Kedah yang bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dan sentiasa mengamalkan bekerjasama dalam memajukan jabatan. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Syed Shaharuddin Bin Syed Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
OPERASI PEMANTAUAN SUSULAN BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI SANGKAR)
📌 12 November 2019 (Selasa) di Perairan Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Operasi pemantauan susulan dan seraham notis telah dijalankan untuk tujuan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Sangkar) bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI BINAAN)
📌 11 November 2019 (Isnin) di The Ritz Calton, Langkawi. Kedah Darul Aman.
✅ Kerja-kerja pengukuran keluasan tapak bagi melengkapkan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Binaan).
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN PENGABSTRAKAN AIR DAN AKTIVITI PELEPASAN EFLUEN
📌 12 November 2019 (Selasa) di Daerah Kulim, Kedah Darul Aman.
✅ Lawatan tapak diadakan untuk mengukur kadar alir dan mengenalpasti titik pelepasan terakhir bagi melengkapkan permohonan Lesen Pengabstrakan Air dan Lesen Aktiviti Pelepasan Efluen.
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI BINAAN)
📌 10 November 2019 (Ahad) di Langkawi Lagoon, Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Sesi perbincangan bersama Badan Pengurusan Langkawi Lagoon dan kerja-kerja pengukuran keluasan tapak bagi melengkapkan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Binaan).
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI BINAAN)
📌 10 November 2019 (Ahad) di Paradise 101 Langkawi, Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Kerja-kerja pengukuran keluasan tapak bagi melengkapkan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Binaan).
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK BAGI LESEN AKTIVITI BADAN PERAIRAN (AKTIVITI BINAAN)
📌 9 November 2019 (Sabtu) di The Cliff Restaurant, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah Darul Aman.
✅ Kerja-kerja pengukuran keluasan tapan bagi melengkapkan permohonan Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Binaan)
BENGKEL SESI VALIDASI DAN SEMAKAN PERATURAN PIHAK BERKUASA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Bengkel Sesi Validasi Dan Semakan Peraturan Pihak Berkuasa Negeri Kedah Darul Aman pada 6 November 2019 hingga 8 November 2019.
📌 Hotel Royale Signature, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
✅ Bengkel ini dihadiri oleh Pegawai Undang-Undang dan Penolong Pegawai Undang-Undang untuk mengenalpasti peraturan-peraturan di Negeri Kedah yang boleh ditambah baik bagi meningkatkan kecekapan dan mesra pelanggan.
KEDAH HALAL FESTIVAL 2019 – HARI KEEMPAT
📌 27 Oktober 2019 (Ahad) di Perkarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk menyebarkan maklumat tentang bidang kuasa dan fungsi melalui pembukaan booth di Kedah Halal Festival 2019.