PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN SUNGAI KURA DI JALAN LUBUK MERBAU KAMPUNG KURA (K153) DAERAH PADANG TERAP
Projek ini telah berjaya disiapkan awal dari tarikh siap kontrak yang ditetapkan dengan baik tanpa rekod tiada kemalangan dan kecatatan serta penjimatan sebanyak RM 50,000.00 dari kos keseluruhan projek. Rekabentuk jambatan ini ialah (R5) 20 meter panjang single span dengan kelebaran 14 meter yang melibatkan kos projek sebanyak RM 3.9 Juta.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Muhammad Yusuf@Munir Bin Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga yang melibatkan agensi-agensi pengurusan teknikal di Negeri Kedah.
Penglibatan LSANK melalui Bahagian Pengurusan Aktiviti Badan Perairan dan Alam Sekitar dengan melesenkan aktiviti pembinaan di bawah Lesen Aktiviti Badan Perairan (Aktiviti Binaan) dan juga menasihati keperluan perlindungan terhadap sumber air semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan.
“LSANK mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti badan perairan di Negeri Kedah menerusi Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) (Pindaan) 2021 yang digubal di bawah Seksyen 93, Enakmen Sumber Air Kedah 2008”.




- Published in Aktiviti
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐋𝐀
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan pemantauan dan rondaan bagi aktiviti penternakan ayam. Hasil pemantauan tersebut, LSANK mendapati bahawa premis berkenaan melakukan kesalahan mengabstrak air bawah tanah sepertimana tertakluk di bawah Seksyen 24, Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah [Pengabstrakan Air].
“Mana-mana orang yang mengabstrak air dikehendaki untuk memohon lesen selain dari maksud 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒓𝒂 𝑯𝒊𝒅𝒖𝒑”
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh berhubung dengan LSANK di talian 04-7027667 atau [email protected].




- Published in Aktiviti
“GONG XI FA CAI”
“𝚂𝚎𝚓𝚊𝚞𝚑 𝚖𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚖𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚑 , 𝚁𝚞𝚖𝚊𝚑 𝚝𝚎𝚝𝚊𝚙 𝚍𝚎𝚜𝚝𝚒𝚗𝚊𝚜𝚒 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚙𝚞𝚕𝚊𝚗𝚐”
Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia yang meraikannya![]()
![]()
Semoga dengan perayaan tahun ini dapat menguatkan ikatan persaudaraan keluarga dan sahabat-sahabat demi menjaga silaturrahim sesama kita.
Semoga pulang dan balik dengan selamat. Hati-hati di jalan raya dan stay safe.
“GONG XI FA CAI”
Ikhlas daripada :
Pengarah & Warga Kerja
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀’ 𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟐𝟕 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇
Firman Allah SWT;
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah memperjalan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Isra’: 1).
Peristiwa Israk Mikraj menjadi titik tolak bermulanya pensyariatan solat fardhu. Ibadat solat lima waktu yang menjadi tonggak utama kewajipan seseorang muslim dan muslimah, tidak boleh dipandang ringan oleh setiap kita. Peristiwa Israk Mikraj ini juga telah menghubungkan antara dua Masjid besar iaitu Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin, sebelum Baginda SAW dinaikkan ke langit. Ia hendaklah dilaksanakan dan dihayati dengan teliti, agar dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat.
Semoga kita dapat menghidupkan dan menghayati malam yang berlaku segala keajaiban, kekuasaan ALLAH SWT dan juga kemuliaan NABI MUHAMMAD SAW serta umatNYA.
Ikhlas daripada :
Pengarah & Warga Kerja LSANK

- Published in Aktiviti
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍𝐀𝐔 𝐓𝐎𝐊 𝐔𝐁𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah, Tunju Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah perkenan berangkat ke Ladang Solar Terapung Danau Tok Uban, Kelantan pada 29 Januari 2024.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mempelajari dan meninjau pelaksanaan projek ladang solar terapung yang terbesar di Malaysia.
Turut hadir bersama, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air & Alam Sekitar, Yang Berhormat Prof Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi & Sains, Teknologi & Inovasi, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah serta agensi-agensi teknikal pengurusan sumber air di Negeri Kedah.



- Published in Aktiviti
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐄𝟏𝟎 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) telah dijemput untuk menghadiri Majlis Sekalung Budi Setulus Kasih sempena Kejayaan Inisiatif E10, Majlis Perbandaran Kulim pada 16 Januari 2024 di Bertam Resort, Water Park Penang. Majlis ini diadakan bagi menghargai pihak agensi teknikal luaran dan dalaman di atas kejayaan inisiatif E10 bagi memudahkan proses cadangan pemajuan dan pemantauan projek pembangunan industri di kawasan Majlis Perbandaran Kulim.
LSANK sebagai Ahli Agensi Pusat Setempat mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada agensi berkaitan bagi memastikan ulasan dan cadangan Pengarah LSANK diambilkira sebelum apa-apa kelulusan, lesen atau permit dibenarkan.

- Published in Aktiviti
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) telah menghadiri Majlis Perhimpunan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Darul Aman pada 21 Januari 2024 di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Adnan bin Mat sebagai Presiden Cuepacs Malaysia dan diteruskan dengan ucaptama oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Semua penjawat awam yang hadir dalam majlis tersebut turut didedahkan kepada Cuepacs Living Care, Peranan PERKESO dalam Perkhidmatan Awam dan kepentingan serta kelebihan menyertai Askar Wataniah.



- Published in Aktiviti
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BEKALAN SUMBER AIR ALTERNATIF (TELAGA TIUB) MASJID JAMEK AL-ISLAH, KARIAH KAMPUNG PERIK, KUALA NERANG, KEDAH
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Sumber Air Alternatif (Telaga Tiub) Masjid Jamek Al-Islah, Kuala Nerang, Kedah yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa selaku Pengarah LSANK kepada Al Fadhil Ustaz Hashim bin Saad, Imam Masjid Jamek Al Islah yang turut disaksikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air & Alam Sekitar.
LSANK telah melaksanakan Projek Bekalan Sumber Air Alternatif sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) LSANK yang bertujuan untuk membantu mengatasi isu ketidakcukupan bekalan air di kawasan luar bandar. Projek Bekalan Sumber Air Alternatif di Masjid Jamek Al-Islah, Kariah Kampung Perik, Kuala Nerang ini merupakan projek telaga tiub yang ke-8 dilaksanakan oleh LSANK ini bagi melaksanakan salah satu fungsi LSANK iaitu menyelaras cari gali dan pembangunan sumber air tambahan. Semoga dengan adanya telaga tiub ini dapat dimanfaatkan oleh 200 buah rumah di kawasan ini.
LSANK juga turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berminat untuk mewujudkan telaga tiub sebagai menampung keperluan bekalan air.




- Published in Aktiviti
PROGRAM PENANAMAN POKOK DI BAWAH PROGRAM “AEC’S SAFETY AND ENVIRONMENT TOUR” PEJABAT DAERAH DAN TANAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai program yang dianjurkan pada pagi ini di Masjid Al-Hidayah, Bukit Pinang.
Program “AEC’S Safety & Environment Tour” merupakan program yang bertemakan kesedaran dan menghargai alam sekitar dengan pelaksanaan aktiviti penanaman pokok berjumlah 90 anak pokok di Daerah Kota Setar yang melibatkan tiga kariah Masjid iaitu Masjid Bukit Pinang, Masjid Kampung Teluk dan Masjid Padang Hassan.
Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Ahmad Bin Yahaya, Ahli Parlimen Pokok Sena, agensi-agensi jabatan yang terlibat daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kedah, Kelab Eksplorasi Altitiud, Universiti Utara Malaysia dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid.




- Published in Aktiviti
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋
Semoga perayaan Hari Natal ini disambut dengan kegembiraan oleh penganut beragama Kristian dan jadikan amalan ziarah kasih sebagai budaya bermasyarakat.
Manfaatkan cuti perayaan ini sebaiknya untuk bergembira bersama keluarga tersayang dan kenalan. Have a wonderful celebration and stay safe![]()
Pengarah & Warga Kerja
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti










