𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄- 𝟖𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍
-DAULAT TUANKU-
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-82.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam rahmat dan maghrifah Allah S.W.T.
Sembah Takzim daripada :
Pengarah dan Warga Kerja
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti
KARNIVAL ALAM SEKITAR
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air & Alam Sekitar Negeri Kedah yang telah berlangsung di Tapak Bekas Kem Unit Kawalan Kawasan Naka, Padang Terap, Kedah. Pihak LSANK dapat berkongsi informasi tentang peranan dan fungsi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan di Negeri Kedah.
Semoga karnival seumpama ini dapat memberi impak dalam memastikan alam sekitar di Negeri Kedah dapat dijaga ![]()
Terima kasih orang Naka, Padang Terap. Hampa memang sempoi ![]()




- Published in Aktiviti
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK)
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bertempat di Arena Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar Kedah.
Objektif UKJK adalah untuk memastikan tahap kesihatan kakitangan berada dalam keadaan baik, memupuk nilai kesukanan di antara kakitangan serta menguji tahap kecergasan dan daya ketahanan otot.
Antara ujian-ujian yang telah dijalankan oleh setiap kakitangan adalah “Inbody Machine, Push Up, Sit Up, Modified Sit And Reach, 20m Beep Test dan Counter Movement Jump”.
Hadir bersama, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa selaku Pengarah dan 26 orang kakitangan dari LSANK serta 5 orang kakitangan dari Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) yang bertindak sebagai urusetia menjayakan UKJK ini.
Syabas dan tahniah kepada barisan urusetia UKJK dan semua kakitangan yang hadir kerana berjaya menamatkan ujian ini.




- Published in Aktiviti
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H kepada seluruh umat Islam. Bersama kita menghayati peristiwa agung Nabi Ibrahim a.s yang merupakan menifestasi sebuah pengorbanan dalam mentaati perintah Allah.
Semoga Aidiladha ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan serta dapat meningkatkan lagi keikhlasan kita dalam beribadah.
إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H Ikhlas dari Tuan Pengarah & Warga Kerja LSANK

- Published in Aktiviti
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 “𝐈𝐍𝐓𝐑𝐎𝐃𝐔𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐓𝐎 𝐋𝐀𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐆𝐔𝐈𝐃𝐄𝐋𝐈𝐍𝐄𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐓𝐄𝐃 𝐋𝐀𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐏𝐋𝐀𝐍”
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan & Alam Sekitar dan Bahagian Pengurusan Sumber Air telah menyertai Program Introduction to Lake Management and Guidelines for Integrated Lake Basin Management Plan yang berlangsung di Mardi Training Complex Serdang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan garis panduan pengurusan lembangan tasik bersepadu dan menggalakan pengurusan tasik bersepadu bagi memberi pengetahuan tentang transformasi sektor air dan peranan pengurusan lembangan tasik bersepadu.
Pengurusan lembangan tasik bersepadu atau lebih dikenali sebagai Integrated Lake Basin Management Plan (ILBM) adalah satu pendekatan yang melibatkan penambahbaikan tadbir urus lembangan secara holistik, termasuk usaha berterusan untuk kesepakatan tanggungjawab institusi, polisi, penyertaan pihak berkepentingan, pengetahuan saintifik, prospek teknologi dan pembiayaan.
Semoga dengan input-input yang diperolehi dalam program ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada LSANK.



- Published in Aktiviti
𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐂𝐇𝐀𝐑𝐈𝐓𝐘 𝐑𝐈𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟒
LSANK telah menyertai The Greater Kedah Charity Ride 2024 pada 8 Jun 2024 (Sabtu) di Masjid Kampung Musa, Mukim Pedu yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Kayuhan ini dijalankan sejauh kira-kira 30 kilometer disamping menyampaikan kebajikan melalui wakalah zakat dan sumbangan khas kepada masyarakat siam di Daerah Padang Terap oleh YAB Menteri Besar Kedah.




- Published in Aktiviti
DAULAT TUANKU
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Merafak sembah dengan setinggi-tinggi ucapan tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445 Hijrah.
Sembah Takzim daripada Pengarah & Warga Kerja Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti
Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah
Jom sertai Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah ! Pakat-pakat maii ![]()
Hari : AHAD
Tarikh : 2 JUN 2024
Jam : 7 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT : DATARAN TSUNAMI, KAMPUNG KEPALA JALAN, KUALA MUDA KEDAH
PERASMIAN OLEH: YAB MENTERI BESAR KEDAH
Antara aktiviti menarik menanti anda:
Cabutan bertuah
Pemeriksaan Kesihatan
Jual bahan buangan e-waste & minyak masak terpakai
Sukaneka Keluarga
Explore Alam dan banyak lagiiiii
Turut tak dilupakan! Jom sertai aktiviti kutip sampah tepi Pantai Kuala Muda dan Pantai Pulau Sayak sambil beriadah bersama keluarga anda seawal 7 pagi
Mari hargai keindahan alam sekitar dan teruskan warisan kelestarian kita bersama-sama!
Anjuran Pejabat Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Yayasan Strategik Lestari
Kedah Sejahtera, Lestari Bersama
- Published in Aktiviti
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐏𝐀𝐑𝐊) – 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐋𝐒𝐀𝐍𝐊)
LSANK telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Negeri Kedah (PARK) – LSANK yang diadakan pada 12 sehingga 14 Mei 2024 bertempat di INSPIN, Kedah.
Bengkel ini bertujuan untuk menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu pelan antirasuah jabatan yang menyentuh risiko-risiko rasuah di jabatan dan inisiatif untuk menanganinya bagi tempoh 5 tahun akan datang.
Seramai 4 orang panel penceramah daripada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah (JITU) yang diketuai oleh Pengarah JITU, Puan Balkhis binti Abu Bakar terlibat secara langsung dalam menyelia dan membantu LSANK dalam penyediaan pelan antirasuah ini.
Pelan Antirasuah LSANK ini akan dicetak dan diterbitkan sebagai panduan serta tanda aras jabatan dalam memastikan kepatuhan semua pegawai terhadap polisi antirasuah kebangsaan.





- Published in Aktiviti











