๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
LSANK telah menghadiri Persidangan Asia Water 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center yang bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan tentang pengurusan sumber air mentah dan terawat. Dalam persidangan ini, pelbagai syarikat, konsultan dan pihak yang berkepentingan yang berperanan dalam industri pengurusan air mempamerkan pameran, seminar dan bengkel kepada semua pengunjung yang hadir. Persidangan ini turut diadakan untuk menggalakkan transformasi dan memacu perubahan bagi pengurusan air mentah dan air terawat oleh pihak industri seluruh negara khususnya Malaysia.
Asia Water 2024 merupakan platform air dan air sisa terkemuka di rantau ini bagi pembangunan teknologi serantau asia. Ianya berfungsi sebagai hab pusat untuk profesional perkhidmatan air dan air sisa, peneraju industri, pemimpin setempat dan pelaksana dasar serantau. Asia Water 2024 menyediakan persekitaran yang ideal untuk pelaksanaan transformatif dan memacu perubahan dalam industri perkhidmatan air dan air sisa di rantau ini.




- Published in Aktiviti
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
Semoga segala usaha kerja kita adalah ikhlas kerana Allah ๏ทป , diterima sebagai amal kebaikan sekali gus membangunkan negara ke arah kesejahteraan.
Ikhlas dari Pengarah & Warga Kerja Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah pada 30 April 2024 (Selasa) Bersamaan 21 Syawal 1445H.
Sembah takzim daripada Pengarah & Warga Kerja Lembaga Sumber Air Negeri Kedah
“DAULAT TUANKU”

- Published in Aktiviti
SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2024
Pengarah & Warga Kerja LSANK merakamkan ribuan terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan swasta yang telah terlibat menjayakan Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 pada 22 April 2024 (Isnin) bertempat di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.
Penyertaan peserta seramai 500 orang telah berjaya hadir untuk menyertai program ini yang merangkumi aktiviti pembersihan sungai dinamakan sebagai LSANK Buddies, aktiviti river cruise dan aktiviti sukan rakyat bagi meningkatkan kesedaran awam dan menyemai nilai murni cintakan sumber air dan alam sekitar di dalam kehidupan di Daerah Bandar Baharu khususnya.
Terima kasih hampa semua. Hampa memang sempoi. Jom sama-sama kita menjaga sumber air kita.
“AIR UNTUK KEAMANAN”




- Published in Aktiviti
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah akan menghantar pasukan teknikal ke Jepun bagi meninjau operasi empangan air bawah tanah di negara itu berikutan cadangan membina empangan sama di Langkawi.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
“Model ni ada di Jepun… Kalau jadi di Langkawi, ia yang pertama di Malaysia. Banyak di Jepun, di pulau-pulau mereka gunakan (empangan bawah tanah).
“Menurut konsultan Jepun yang cadang tu, (di Langkawi) sesuai dibina kerana ada hamparan batu tepi dan bawah, sungai di atas, cuma kita perlu sekat sikit saja untuk jadikan empangan bawah tanah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah semalam.
Sebelum ini, Kedah telah mengemukakan cadangan penerokaan sumber air bawah tanah sebagai alternatif bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih di negeri ini.
Pada awal Mac lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar negeri Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata agensi kerajaan sedang membuat kajian dan akan melaksanakan projek perintis empangan air bawah tanah di Padang Mat Sirat, Langkawi.
Kedah mempunyai enam empangan utama yang membekalkan bekalan air mentah kepada sektor domestik, industri serta pertanian iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda, Empangan Ahning, Empangan Beris, Empangan Bukit Malut dan Empangan Padang Saga.

- Published in Berita
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง 17 Ramadan 1445H
โBulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.โ – (Al-Baqarah 2:185)
Mari kita bersama-sama mengambil peringatan dan muhasabah diri tentang hubungan kita dengan Al-Quran. Semoga kita sebagai umat Islam sentiasa berdampingan erat dengan Al-Quran.
Alhamdulillah. LSANK melalui Kelab Sukan dan Kebajikan LSANK telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran yang melibatkan Tuan Pengarah dan Semua Warga Kerja LSANK untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan membaca Al-Quran di bulan Ramadan yang penuh barokah.
Ayuh, kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, menghayati maknanya dan melaksanakan kandungannya dalam seluruh aspek kehidupan.
Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1445H kepada semua umat Islam walau di mana jua berada.
“AL-QURAN SEBAGAI SAHABATโ
Ikhlas daripada :
Tuan Pengarah & Warga Kerja Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti
Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa telah mengadakan kunjungan hormat dan disambut oleh Pengarah Operasi, Tuan Ir Asnol Adzhan Bin Abd Manap di Pejabat Operasi Pengurusan Lembangan Sungai Muda, JPS Malaysia untuk mengadakan perbincangan secara lanjut tentang situasi semasa paras sumber air di Sungai Muda serta mengenalpasti kaedah pengawalan bekalan sumber air di Negeri Kedah.

- Published in Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Selamat mengerjakan ibadah di bulan penuh kemuliaan, Bulan Ramadhan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang Bulan Ramadhan ini.
ู ููู ุตูุงู ู ุฑูู ูุถูุงูู ุฅููู ูุงููุง ููุงุญูุชูุณูุงุจูุง ุบูููุฑู ูููู ู ูุง ุชูููุฏููู ู ู ููู ุฐูููุจููู
Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ๏ทป, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu – Riwayat Al-Bukhari (38)
Semoga dengan kesempatan di bulan yang penuh kemuliaan dan keampunan ini, kita sama-sama meningkatkan amal ibadah dan iman kita. InsyaAllah

- Published in Aktiviti
Sesi perkongsian taklimat bersama Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan di Hotel Nadias Cenang, Langkawi yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan informasi tentang projek-projek yang telah dilaksanakan di Negeri Kedah. Selain itu, delegasi yang hadir turut berpeluang untuk mengadakan lawatan kerja ke Bunded Storage Padang Saga, Langkawi dan Projek Sangkar Ikan di Tanjung Rhu dan Kilim, Langkawi.
LSANK berbesar hati mengalu-alukan mana-mana pihak berkepentingan mengadakan kunjungan hormat ke LSANK untuk tujuan sesi suai kenal dan bertukar pendapat dalam pengurusan dan pembangunan sumber air negeri.






- Published in Aktiviti
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Aktiviti Badan Perairan dan Alam Sekitar telah dijemput untuk memberikan taklimat tentang Prosedur Pelesenan dan Operasi Standard Kuari di bawah Enakmen Sumber Air Kedah 2008. Program ini dapat mengukuhkan pemahaman kepada operator kuari tentang lesen-lesen yang telah dikuatkuasakan di bawah Enakmen Sumber Air Kedah 2008 serta pematuhan dan perundangan berkenaan kaedah operasi kuari.
“LSANK mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti kuari di Negeri Kedah menerusi undang-undang yang digubal di bawah Enakmen Sumber Air Kedah 2008”.




- Published in Aktiviti










