MESYUARAT BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGURUSAN SUMBER AIR
LSANK menghadiri Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri Malaysia Bilangan 1 Tahun 2024 yang diadakan di Sabah dimana lokasi ini dipilih sebagai hos untuk mesyuarat tahun ini.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Sernam Singh selaku Setiausaha Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri Sabah dengan melibatkan 16 agensi pengurusan sumber air di Malaysia termasuk Bahagian Perkhidmatan Air Dan Pembentungan, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Bahagian Bekalan Air Putrajaya dan Jabatan Wilayah Persekutuan.
Tujuan mesyuarat diadakan untuk sesi perkongsian pendapat dan membincangkan hal-hal pengurusan sumber air di antara negeri bersempadan tentang isu sumber air.


- Published in Aktiviti
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Polis Marin (Langkawi) yang melibatkan seramai 27 anggota dalam Operasi Bersepadu Aktiviti Badan Perairan.
Operasi ini dijalankan dengan rondaan menggunakan aset Polis Marin di sekitar kawasan operasi untuk pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Hasil siasatan dan pemeriksaan, Bahagian Penguatkuasaan LSANK telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan dua jenis notis iaitu :-
1) Notis Kompaun Seksyen 77 Enakmen Sumber Air Kedah 2008, kesalahan berhubung lesen iaitu tidak memperbaharui lesen,
2) Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Seksyen 77 Enakmen Sumber Air Kedah 2008, rekreasi sukan air kepada pengusaha yang tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
Operasi ini telah berjaya memfokuskan beberapa lokasi iaitu Royal Yatch Club dan Perairan Hutan Simpan Kilim di Langkawi dengan mengadakan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pengusaha yang menjalankan aktiviti badan perairan.




- Published in Aktiviti
𝙎𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝘼𝙞𝙧 𝙎𝙚𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 2024
𝙋𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙤𝙧
LSANK melalui Bahagian Komunikasi dan Korporat telah menghadiri Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Urus Air Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Program ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Pengisian program merangkumi majlis menandatangani MOU di antara LUAS dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memperkukuhkan pemantauan sumber air dengan menggunakan teknologi satelit.
Selain itu, LUAS juga turut menjenamakan semula Skuad Pantas kepada Skuad Elit Air LUAS (SKEAL), yang akan bertugas selama 24 jam dengan menggunakan kelengkapan peralatan yang baik dan penggunaan jetski untuk operasi di lapangan.
Aktiviti-aktiviti lain juga dijalankan bagi memeriahkan program ini adalah aktiviti sukan air, demonstrasi pensampelan kualiti air, demonstrasi aset-aset LUAS dan lain-lain.
Tahniah LUAS




- Published in Aktiviti
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀)
LSANK dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bekerjasama dengan mengemukakan permohonan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melaksanakan OPA yang bertujuan menghasilkan hujan di kawasan tadahan yang melibatkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Negeri Kedah serta Empangan Bukit Merah di Negeri Perak bagi membantu meningkatkan sumber air untuk penggunaan domestik, industri, pengairan padi dan keperluan lain.
Kesesuaian untuk menjalankan OPA ditentukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berdasarkan ramalan cuaca dan kelembapan udara di kawasan yang terlibat.
Pemilihan lokasi juga adalah berdasarkan kepada persetujuan mesyuarat yang telah memutuskan supaya dilaksanakan di empangan tersebut disebabkan peratusan takungan semasa yang rendah dan menjadi bekalan utama sektor domestik serta pengairan padi.
OPA merupakan usaha Kerajaan bagi menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dilaksanakan selama 3 hari mulai 29 Julai 2024 hingga 31 Julai 2024 serta melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), NADMA, METMalaysia, LSANK, MADA dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian.
Hadir sama dalam OPA, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa selaku Pengarah LSANK.






- Published in Aktiviti
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐥𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐒𝐀𝐍𝐊
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan sebagai usaha berinteraksi secara terus untuk memberi pendedahan tentang integrasi permohonan lesen kepada sistem pelesenan yang akan memudahkan semua pemegang lesen menggunakan sistem yang baru dibangunkan oleh LSANK.
LSANK juga telah memberikan taklimat tentang kawasan pengezonan aktiviti rekreasi sukan air di Pulau Langkawi supaya semua pengusaha sukan air peka dan patuh dengan peraturan yang telah dikuat kuasakan oleh LSANK.




- Published in Aktiviti
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐒𝐀𝐍𝐊 𝐤𝐞 𝐃𝐢𝐫𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐢 (𝐌𝐁𝐒𝐏), 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
Tujuan kunjungan hormat diadakan untuk sesi perkongsian pandangan, idea dan pengalaman tentang aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang. Selain itu, kunjungan hormat ini juga dimanfaatkan sebagai peluang untuk membina hubungan kerjasama di antara dua agensi.
Delegasi LSANK disambut oleh Pengarah Direktorat Penguatkuasaan MBSP, Tuan Nazri bin Abdul Wahab, Penolong Pengarah, Tuan Khairul Azhar bin Ramli, Penolong Pengarah, Tuan Mohd Firdaus bin Ghosni serta pegawai-pegawai dari Direktorat Penguatkuasaan, MPSP.
Semoga dengan usahasama dan perbincangan yang telah diadakan ini dapat membuka peluang dan ruang kerjasama di masa hadapan demi kelestarian dua negeri, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang.




- Published in Aktiviti
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐋𝐒𝐀𝐍𝐊, 𝐏𝐃𝐑𝐌, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐄𝐊𝐎-𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐒
Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan Empangan Beris pada 10 Ogos 2000.
Tasik Beris mempunyai keluasan tadahan air berjumlah 116 km persegi, ketinggian air paras maksimum 85.0 meter dan ketinggian paras biasa 84.0 meter berfungsi untuk bekalan air di Kedah dan Pulau Pinang serta kawalan banjir.
Tasik Beris ini juga telahpun dikenali sebagai pusat pelancongan di Daerah Sik.
Tugas LSANK untuk menguatkuasakan dan melesenkan aktiviti binaan (jeti, restoran), rekreasi air(kayak), pengabstrakan air (tasik atau telaga boring), pelepasan efluen (penternakan) sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Enakmen Sumber Air Kedah 2008 (ESAK 2008).




- Published in Aktiviti
Paras air Empangan Muda, Bukit Merah tidak berubah, OPA akan diteruskan
Yan: Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di negeri ini dan Empangan Bukit Merah, Perak.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata operasi yang dilaksanakan semalam adalah permulaan dan akan diteruskan pada hari ini dan esok.
“Kalau tengok empangan itu parasnya masih tidak berubah, daripada bacaan kelmarin dengan bacaan semalam itu masih paras yang sama, tapi insya-Allah itu ikhtiar kita.
“Jadi bagaimana untuk kita pastikan bekalan air masih boleh dibekalkan, itu kena minta bantuan daripada semua pihak yang berkenaan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan projek Pembinaan Empangan Sabo serta Kerja-Kerja Berkaitan di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah Fasa 1 (Reka dan Bina) di sini hari ini.
Akmal Nasrullah berkata selain Empangan Muda dan Empangan Bukit Merah, ketika ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang memantau keadaan di beberapa empangan termasuk enam lagi yang paras airnya berada pada tahap berjaga-jaga.”Kita telah memberi peringatan kepada semua negeri untuk mengambil langkah-langkah mitigasi buat persiapan dan bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara ini bertambah serius.
“Sebab kalau ikut jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia sendiri mengatakan ada kemungkinan kering ini hingga September. Jadi itu memang kita kena berwaspada atau bersiap sedia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata jumlah takungan air di Empangan Beris di Sik dijangka mampu menampung keperluan domestik di negeri ini dan Pulau Pinang hingga September.
“Empangan Beris ialah kawasan simpanan rizab air mentah yang akan digunakan pada waktu-waktu kritikal seperti ini kerana jika tidak dilepaskan bukan sahaja bekalan air ke Pulau Pinang terjejas, tetapi juga Syarikat Air Darul Aman (SADA) sendiri tidak boleh salurkan air kepada pengguna di negeri ini.
“Apa-apa pun kita mengharapkan penggunaan yang berhemah oleh orang ramai agar bekalan sedia ada dapat terus menampung permintaan pengguna sehingga paras empangan kembali stabil,” katanya.

- Published in Berita
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝟖𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍
LSANK telah menyertai Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke 82 Tahun 2024.


- Published in Aktiviti











