SEA OF WASTE FOUND ON BANKS OF SUNGAI MUDA IN KEDAH
The dumping ground extends to the banks of Sungai Muda in Kedah.
SUNGAI PETANI: A dumping ground of mostly electronic waste (e-waste) close to the size of six football fields has been uncovered on the banks of Sungai Muda – the primary source of water for close to three million people in Kedah and Penang – here.
The 2ha site at Kampung Kemumbung in Sidam Kiri, located on former sand mining land on the edge of the river, is hidden from view by a small oil palm estate. It is about 20km southeast of Sungai Petani town.
An aerial view of Sungai Muda reveals a sea of waste stretching right to the edge of the river.
Checks at the site showed electronic waste originating from as far as Austria and other European countries, and high-end chemicals from India and municipal waste from Japan and Asean countries.
The dumping ground is hidden from view by an oil palm estate. (Sahabat Alam Malaysia pic.)
Among them are plastic parts similar to the ones found at Pinang Tunggal in Sungai Petani recently, and bags of plastic fillers, called Durethan, with burn marks on them.
It appears that scavengers may have set fire to some of these parts to extract metals from them.
Circuit boards, wires and other computer parts are also strewn all over the dumping ground.
A visit with the protem members of Persatuan Tindakan Alam Sekitar (PTAS) Sungai Petani today showed the dumping ground may have been in existence for several years.
Members of the environmental action group said villagers had complained to the authorities, including the Sungai Petani Municipal Council, but no action had been taken.
Electronic waste, including circuit boards and computer parts, found at the dumping group. (Sahabat Alam Malaysia pic.)
PTAS spokesperson Lydia Ong said a major concern was that water from the river was treated for human consumption besides being used to irrigate padi fields along the river and beyond.
She said several water intakes were placed downstream from the river, which would later be treated and supplied to consumers in Kedah and Penang.
Penang draws water from its side of Sungai Muda in the west. Kampung Kemumbung, where the dumping ground is located, is 10km away from Pinang Tunggal, where Penang Water Supply Corporation’s water intake is located.
“I am worried that this dumping ground could have affected the water of Sungai Muda. The Drainage and Irrigation Department’s rule is that there must be a 500m buffer zone at the rivers. This is a clear encroachment.
Snapshots from Google Earth show the clearing for the dumping site in (from left) 2013, 2015 and 2018.
She said members of the association had spoken to many villagers who claimed the dumping had been going on for as long as 10 years.
“For the dumping to be going on for more than 10 years and the authorities not doing anything is unacceptable,” she said.
Checks by FMT on Google Earth showed the site was first cleared in 2013, then in 2015 and finally, next to the river, in 2018.
Calculations on Google Earth also showed that the land clearing and dumping ground measured about 2ha.
FMT has contacted the Kedah government for comment and is awaiting a reply.
RIMAS LORI SAMPAH MASUK KAMPUNG
SEKURANG-KURANGNYA 30 lori membawa muatan sampah memasuki Kampung Kemumbung, Sidam Kiri, Sungai Petani, setiap hari bagi melupuskan sisa sampah di satu kawasan di kampung berkenaan.
Setiap lori hanya dikenakan bayaran serendah RM20 untuk membuang pelbagai jenis sampah di kawasan di tepi Sungai Muda itu.
Demikian situasi didakwa dihadapi penduduk kampung berkenaan apabila terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa sejak lebih 10 tahun lalu berikutan masalah longgokan sampah di kampung mereka.
Lebih membimbangkan, mereka mendakwa sisa plastik dari kilang dilihat sudah mula dibuang di kawasan berkenaan sehingga menghasilkan habuk dan bau kurang menyenangkan.
Penduduk, Mat Isa Othman 60, mendakwa kegiatan melupuskan sampah itu dikesan sejak 2008, apabila salah seorang penduduk kampung membenarkan tanah miliknya dijadikan kawasan longgokan sampah dari luar.
“Awalnya, hanya sisa pembinaan seperti kayu, batu dan sebagainya dilonggokkan di kawasan terbabit, namun kini pelbagai sisa termasuk sisa kilang sudah mula dibuang di situ.
“Penduduk kampung terpaksa berhadapan dengan masalah habuk dan bau busuk seperti bau wayar terbakar setiap hari dan ia datang dari longgokan sampah sarap itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Penduduk lain, Ajis Ahmad, 40, mendakwa, beberapa laporan sudah dilakukan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) berhubung masalah itu, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian dibuat.
“Pihak berkuasa ada datang berjumpa penduduk kampung dan melihat sendiri lokasi longgokan sampah ini, tetapi kami lihat tiada perubahan dilakukan.
“Malah, kegiatan melonggokkan sampah di kawasan ini semakin aktif sehingga menyebabkan terdapat sebahagiannya jatuh ke dalam Sungai Muda yang berada di tepi kawasan sampah itu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Tindakan Alam Sekitar (PTAS) Sungai Petani, Lydia Ong yang mengadakan lawatan ke tempat berkenaan kesal apabila tiada tindakan tegas dilakukan pihak berkuasa terhadap masalah dihadapi penduduk sejak sekian lama itu.
“Difahamkan beberapa kilang dari sekitar Sungai Petani dan Kulim menjadikan lokasi ini sebagai tempat pembuangan sisa kilang mereka.
“Sepatutnya kawasan longgokan sampah perlu berada sekurang-kurang 500 meter dari sungai, bagaimanapun kegiatan ini dilakukan betul-betul di tepi sungai,” katanya.
Lydia berkata, pihaknya meminta supaya pihak berkuasa memandang serius isu berkenaan memandangkan kawasan itu berada di tepi Sungai Muda yang menjadi sumber air bagi penduduk Pulau Pinang dan punca pengairan bagi penanaman padi di Kedah.
Sementara itu, kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan menjalankan siasatan segera berhubung masalah longgokan sampah berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri, Simon Oii, berkata, siasatan terperinci akan dilakukan termasuk mengenal pasti pemilik tanah di kawasan itu sebelum tindakan undang-undang diambil.
“Saya agak terkejut apabila dimaklumkan masalah ini sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.
“Kita akan melakukan siasatan untuk mengetahui pemilikan tanah di kawasan itu sama ada berlaku salah guna tanah dan mengenal pasti pihak yang membuang sampah di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi.
Simon berkata, sekiranya didapati tanah berkenaan milik persendirian, tindakan akan dikenakan terhadap pemilik tanah kerana menjalankan kegiatan pelupusan sampah tanpa lesen.
Beliau berkata, pemilik tanah berkenaan tidak boleh menguruskan sisa sampah kerana dia bukan syarikat mempunyai lesen untuk mengambil sisa daripada orang lain.
“Ini adalah satu kesalahan dan kita boleh ambil tindakan ke atas pemilik tanah serta orang yang membuang sampah di situ,” katanya.Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 5:50 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/479982/rimas-lori-sampah-masuk-kampung-metrotv
MUKHRIZ MAHU ANAK MUDA KEDAH AKTIF BERPERSATUAN

ALOR
SETAR 24 JUN 2019 – Penglibatan belia dalam persatuan masih rendah dan di tahap
kurang memuaskan.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata,
sehubungan itu kerajaan negeri menganjurkan pelbagai program melibatkan anak
muda agar lebih ramai golongan itu terdedah kepada aktiviti
berfaedah.Menurutnya, belia adalah suara, semangat dan nadi bagi negara dan
negeri dalam mencorak peradaban selain pencetus perubahan yang memacu kemajuan
budaya dan bangsa.
“Kita mahu anak muda lebih bergiat aktif dalam persatuan, mengikut minat mereka
sendiri. Kita sediakan platform untuk jaminan masa depan mereka yang lebih
cerah. Apabila aktif dalam persatuan, timbul minat dan terlibat dalam aktiviti
belia, jadi tidaklah goyang kaki dan buat perkara tidak bermanfaat,” katanya,
selepas merasmikan sambutan Hari Belia peringkat negeri, di pekarangan Stadium
Darul Aman, hari ini.Mukhriz berkata, belia juga adalah ‘wajah’ masa lampau,
kini dan hari depan, di mana tiada kelompok lain dalam masyarakat dapat
menandingi pengaruh, idealisme, kesungguhan dan keberanian golongan belia.
Dalam ucapannya, Mukhriz berkata, golongan belia adalah pemimpin yang menjadi
harapan negara dan bangsa, dan penting untuk mereka menetapkan hala tuju jelas
selain menggilap potensi diri untuk teguhkan jati diri, berkualiti dan dinamik
bagi menyumbang kepada kemakmuran negara.“Sebab itu penting untuk belia
meningkatkan budaya berpersatuan dengan menganggotai persatuan belia. Ia bukan
sahaja dapat menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri, malah mengukuhkan
persepaduan kalangan belia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.Menurutnya,
melalui berpersatuan, belia dapat meningkatkan iltizam menjadi pendukung
semangat patriotisme dan sukarelawan.
SUMBER : SINAR
- Published in Berita
LAKE VIEW RESORT BUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA BELIA

KULIM 30
JUN – Pembukaan Serdang Lake View Resort di pekan Serdang di sini secara tidak
langsung membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia selain memacu ekonomi
penduduk setempat.Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun
berkata, resort diuruskan sepenuhnya Keda Resort & Holidays Sdn
Bhd.Menurutnya, ia dilengkapi 33 bilik dan dua bilik asrama bagi lelaki dan
perempuan termasuk sebuah dewan.
“Diharapkan resort ini dapat meningkatkan ekonomi melalui penganjuran
program-program selain membuka peluang pekerjaan khususnya kepada golongan
belia di kawasan ini.”Aktiviti di resort ini perlu dipergiatkan promosinya
melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dan perlu uarkan-uarkan
pakej yang menarik supaya ia termasuk dalam aktiviti boleh disenarai dalam
pelancongan negeri Kedah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Serdang Lake View
Resort, di sini hari ini.Tambahnya, beliau harap kemudahan-kemudahan di resort
itu dapat ditambah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.”Sebagai contoh
kita ada tasik yang cantik, kita boleh gunakan tasik itu bagi mengadakan
aktiviti sukan air, (bina) restoran terapung dan sebagainya,” katanya.Rina
berkata, di Serdang, resort berkenaan satu-satunya dilengkapi pelbagai
kemudahan memandangkan di kawasan itu kebanyakannya rumah inap desa.Harga
sewaan kepada pengunjung bermula daripada RM108 dan ke atas.
SUMBER : SINAR
- Published in Berita
TUJUH KAMPUNG DIPILIH SEBAGAI PROJEK PROSPEK

KULIM 30
JUN – Tujuh buah kampung di daerah ini dikenal pasti sebagai Projek
Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) rintis pertama di kawasan
utara.Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Harun
berkata, lima daripada tujuh kampung berkenaan dibangunkan sebagai projek
tanaman jagung.Menurutnya, ia melibatkan 52 ekar tanah terbiar milik penduduk
kampung dengan penyertaan 50 peserta.
“Projek ini ialah satu program baru kementerian yang kita lancar pada awal
tahun ini.”Pembangunan Prospek terdiri daripada tiga komponen utama iaitu
ekonomi, perumahan dan prasarana asas,” katanya Beliau berkata demikian
pada sidang media selepas melawat Pusat Kegiatan Ekonomi Propek Kampung Sidam,
hari ini.Tujuh kampung terpilih bagi Prospek Rintis di sini ialah Kampung Ujung
Padang, Kampung Guar Lobak, Kampung Sentosa, Kampung Sidam Kanan, Kampung Bukit
Sidam, Kampung Keda dan Kampung Telok Sera.Rina berkata, tanaman jagung yang
mengambil masa selama tiga bulan bagi mengeluarkan hasil mendapat permintaan
sangat tinggi.
“Bukan sahaja daripada buah jagung untuk kegunaan komersial tetapi daun
dan lain-lain itu digunakan untuk makanan ternakan,” katanya.Rina (kiri)
melawat gerai usahawan ikan pekasam ketika melawat Pusat Kegiatan Ekonomi
Propek Kampung Sidam hari ini.Mengulas lanjut, Rina berkata, daripada segi
prasarana, KPLB membantu kemudahan jalan termasuk pusat kegiatan ekonomi
kampung.”Ia menjadi pusat untuk masyarakat menjalankan aktiviti ekonomi
atau aktiviti lain.”Kita juga telah mengenal pasti beberapa rumah daripada
senarai e-Kasih yang memang miskin untuk dibantu sama ada untuk baik pulih atau
bina baru,” katanya.
Beliau berkata, selain di Kulim Kedah, prospek Rintis juga dijalankan di
Kampung Pasir Raja Dungun Terengganu dan beliau berharap kedua-dua projek
berkenaan dapat dikembangkan ke kampung-kampung setiap negeri.”Kita
mendapat kerjasama baik daripada Ahli Parlimen, pegawai daerah, termasuk Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).”Kita mahu MPKK diperkasakan kerana akhirnya
mereka ini juga akan menjalankan segala aktiviti program ekonomi,”
katanya.Mengulas lanjut Prospek Rintis di kampung berkenaan, Rina berkata,
sumber yang ada di kampung dimanfaat bagi penjanaan ekonomi.
Sebagai contoh katanya, terdapat usahawan kawasan itu mengusahakan perniagaan
ikan pekasam melalui ternakan ikan air tawar dan produk tersebut menerima
permintaan tinggi.”Kawasan ini berhampiran dengan sungai, jadi sebenarnya
kita mengunakan apa yang ada di kampung ini untuk menambahkan ekonomi.”Ia boleh
dibuat penternakan ikan air tawar dan hasilnya boleh dijadikan produk hiliran
lain.”Pihak kementerian, KEDA, MARA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat akan
sentiasa membantu dari segi bimbingan dan kemahiran kepada peserta,”
katanya.
SUMBER : SINAR
- Published in Berita
KEDAH BERADA DI TANGGA KEDUA KEMASUKAN PELABURAN

JERLUN 17 JUN – Kedah berada di tempat kedua selepas Pulau Pinang dalam pelaburan langsung tempatan dan asing dengan jumlah pelaburan sebanyak RM7.6 bilion bagi suku pertama tahun 2019.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dua sektor iaitu pembuatan dan makanan menjadi penyumbang utama kepada jumlah pelaburan berkenaan bagi Januari hingga Mac lalu.
Menurutnya, statistik yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu sekaligus menjadikan kerajaan negeri optimis untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada penghujung tahun ini.”Melihat kepada pencapaian tersebut mungkin kita perlu tingkatkan sasaran pelaburan kita selepas ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Jerlun di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Jerlun di sini semalam.
Mukhriz berkata, pencapaian yang sangat luar biasa itu membuktikan bahawa Kedah masih menjadi destinasi pelaburan yang menarik untuk pelabur.”Yang paling penting adalah keupayaan Kedah untuk menarik pelaburan dan juga keyakinan pelabur itu sendiri terhadap kerajaan negeri dan persekutuan.
“Sekiranya mereka rasa tidak yakin dan kita tidak mesra pelabur atau kita terlalu banyak karenah birokrasi, tentunya mereka akan pilih negeri atau negara yang lain,” katanya.Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang menyiapkan kajian fleksibiliti dan juga pelan induk.
SUMBER : SINAR
- Published in Berita










