SUNGAI, SUMBER AIR LEBIH TERPELIHARA DENGAN UNDANG-UNDANG BAHARU

KUALA LUMPUR — Langkah penguatkuasaan akan dipertingkat dalam mengatasi isu pencemaran sungai dan menjaga sumber air negara apabila Rang Undang-undang Sumber Air diluluskan di Parlimen.
“Rang undang-undang yang akan datang ini akan kita kuatkuasakan, buat masa ini kita akan bawa ke Dewan Rakyat. Rang undang-undang itu akan meliputi semua yang berkaitan dengan air,” kata Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan langkah kerajaan menangani isu pencemaran sungai yang dilihat sering berlaku sejak kebelakangan ini.
Pada 29 April lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, kementerian itu telah menggubal rang undang-undang itu yang seragam dan komprehensif untuk digunakan oleh semua negeri bagi memperkasa pengurusan, kawalan dan penguatkuasaan sumber air di seluruh negara.
Sementara itu, Tengku Zulpuri Shah dalam ucapannya berkata, sambutan pada hari ini dibuat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai untuk semua kehidupan.
Menurut beliau, kebanyakan pencemaran pada hari ini berpunca daripada aktiviti manusia sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.
“Sudah tiba masanya masyarakat mengubah mentaliti ke arah yang lebih peka terhadap kesan buruk yang bakal dihadapi agar mereka tidak sewenang-wenangnya membuang sampah,” katanya.
JAS JOHOR TIDAK DAPAT SAHKAN DATA ANALISIS SUNGAI

Mohd Famey (kiri) menyaksikan penyerahan alat pengesan gas wakil industri kepada wakil sekolah dalam program pagi tadi. – FOTO: SINAR HARIAN
PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor tidak dapat mengesahkan data analisis pencemaran sungai yang didedahkan Biro Aduan Awam Putra Jumaat lalu.
Pengarahnya, Mohd Famey Yusoff berkata, teknik dan taktik pengambilan sampel air perlu mengikut piawaian ditetapkan bagi menentukan kepekatan bahan tercemar.
“Ada cara dan teknik sepatutnya dipatuhi ketika mengambil sesuatu sampel. Jadi pihak JAS tak dapat pastikan sama ada teknik dan taktik diambil individu memenuhi piawaian ditetapkan.
“JAS tak dapat nak pastikan data itu benar atau tidak sebab kita kena faham air itu mengalir,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan program Sekolah Angkat Industri Daerah Pasir Gudang (PROSPAG) 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang hari ini.
Menurutnya, data kandungan air yang mengalir akan berbeza setiap waktu.
“Kalau puan (pemberita) ambil (sampel air) sekarang dengan esok, (kandungannya) lain. Sampel jam sekarang dengan jam berikutnya pun dah lain sebab air itu mengalir.
“Jadi ini semua memainkan peranan dalam menentukan kepekatan bahan tercemar dalam air,” katanya.
Jumaat lalu Biro Aduan Awam Putra mendedahkan keputusan ujian makmal sampel air 10 lokasi di jajaran Sungai Kim Kim yang menunjukkan tahap pencemaran berganda daripada kategori sungai mati

Dalam pada itu Mohd Famey berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan hasil analisis semua sungai di Pasir Gudang kerana masih dalam siasatan.
“Bukan kata kita nak simpan (hasil analisis) tapi perkara itu masih dalam siasatan kita. Kalau saya dedahkan, kes pegawai penyiasat saya rosak. Jadi ada perkara yang kita perlu patuhi,” katanya.
Sementara itu dalam program fasa pertama itu, sebanyak 16 industri di Pasir Gudang telah menyerahkan alat pengesan gas kepada 20 buah sekolah angkat masing-masing.
Kata Mohd Famey, sehingga kini 64 industri di Pasir Gudang telah bersetuju untuk membekalkan alat pengesan gas kepada 111 sekolah yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim dan isu gangguan kesihatan.
SUNGAI MATI ANGKARA SISA INDUSTRI

Buih putih yang dilihat mengalir ke dalam Sungai Keluang.
Kelihatan cecair berbuih mencemari Sungai Keluang di Bayan Lepas pada Jun lalu
GEORGETOWN – Sungai Keluang berdekatan Zon Perindustrian Bayan Lepas di sini antara sungai bandar yang ‘mati’ angkara pencemaran sisa industri dari kawasan kilang dan air kumbahan sejak berbelas tahun lalu.
Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pencemaran di sungai itu kini pada tahap serius sejak pencemaran 13 tahun lalu yang bukan sahaja menyebabkan air sungai berkenaan menjadi hitam dan berlumpur tetapi kelihatan kotor serta jijik.
Menurutnya, pencemaran sisa industri dan air kumbahan menyebabkan sungai tersebut ‘mati’ di bahagian hilir kerana tiada hidupan manakala di permukaannya dipenuhi sampah sarap serta pelbagai bahan buangan yang termendap.
“Pencemaran Sungai Keluang menyebabkan kawasan berkenaan berbau busuk dan meloyakan kerana didapati punca pencemaran di sungai itu dari pembuangan sisa kilang, kediaman penduduk, premis perniagaan, bengkel, najis binatang dan najis manusia,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Katanya, sebagai contoh pada Jun lalu, CAP menerima aduan orang ramai yang terkejut dengan buih putih di sungai tersebut.
“Hasil tinjauan CAP, sisa itu didapati datang dari kawasan perindustrian Bayan Lepas melalui saluran yang terdapat di tempat itu. Lebih membimbangkan, ia terus mengalir ke kawasan jeti nelayan dan laut berdekatan.
“Perbuatan itu bukan sahaja menjejaskan mata pencarian nelayan di kawasan terbabit malah ikan dan kerang yang menjadi sumber pendapatan utama mereka akan mati,” katanya
Sementara itu, menerusi surat maklum balas, Ketua Cawangan JAS Bayan Lepas, Ramli Manap berkata, sisa kumbahan berbuih putih yang mengalir ke sungai berkenaan adalah dari loji kumbahan.
Dalam pada itu, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Masyarakat, Phee Boon Poh ketika dihubungi berkata, dalam mesyuarat 5 Julai lalu, Indah Water Konsortium (IWK) mengesahkan punca buih tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya sludge bulking yang tidak termendap ke dasar loji.
Kelihatan cecair berbuih mencemari Sungai Keluang di Bayan Lepas pada Jun lalu.
Menurutnya, disebabkan perkara itu, ia menyebabkan filamen bakteria terbentuk dan menghasilkan buih.
“Kejadian itu disebabkan kerosakan peralatan pada Pam Return Activated Sludge (RAS). Selain itu, lebihan kapasiti menyebabkan kandungan bahan pencuci tidak terurai dalam efluen.
“Faktor lain adalah kemasukan punca yang tidak dibenarkan ke sistem pembentungan seperti pembuangan bahan larangan secara haram ke sistem pembentungan,” katanya.
Boon Poh berkata, bagi mengatasi masalah buih tersebut, IWK Sdn Bhd akan memasang peralatan antibuih.
“Kerja pemasangan peralatan itu telah selesai pada 15 Julai lalu selain peralatan yang rosak diganti segera dalam tempoh sebulan.
“Selain itu, JAS Pulau Pinang akan terus memantau tindakan IWK Sdn Bhd dan melakukan pensampelan rasmi air kumbahan,” katanya.
Di Pulau Pinang, selain Sungai Keluang, beberapa batang sungai lain seperti Sungai Juru, Sungai Pinang dan Sungai Perai turut dikhuatiri semakin tercemar.
Sungai-sungai tersebut turut disenaraikan dalam 51 sungai tercemar di Malaysia dalam kelas empat dan kelas lima.
https://www.sinarharian.com.my/article/49082/BERITA/Nasional/Sungai-mati-angkara-sisa-industri
80 PERATUS SUNGAI BANDAR ‘MATI’
SHAH ALAM – Lebih 80 peratus sungai di bandar-bandar utama di negara ini boleh dianggap sungai ‘mati’ akibat pencemaran terutamanya sisa industri yang semakin meningkat setiap tahun.
Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mendedahkan, akibat pembangunan pesat kebanyakan sungai di bandar kehilangan keupayaan ekosistem untuk membekalkan air bersih, memproses kumbah dan mengekalkan produktivitinya.
Katanya, malah ada sungai berada pada tahap nazak dengan dipenuhi sampah-sarap terutamanya plastik, botol-botol, tayar terpakai, malah membentuk pulau kecil menyebabkan air sungai hitam dan mengeluarkan bau busuk.
“Antara contoh beberapa sungai dikategorikan sebagai tercemar di Malaysia termasuklah Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Segget di Johor dan Sungai Klang di Selangor.
“Terkini mengikut data berkenaan pada tahun lalu terdapat 63 sungai dikategorikan tercemar berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2017, sekitar 52 sungai dan 38 sungai (tahun 2016),” kata pakar hidrologi dan permodelan sungai itu kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Ekhwan yang juga Mantan Timbalan Naib Cancelor UKM dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Penyelidikan dan Inovasi) berkata, trend kualiti air sungai di negara ini mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai status pencemaran 120 lembangan sungai utama di Malaysia daripada tahun 2005 hingga 2018 agak membimbangkan kerana sungai-sungai dikategorikan sebagai tercemar tidak banyak berubah semenjak tahun 2005.
Menurutnya, lebih menyedihkan, kebanyakan sungai yang mengalami pencemaran terletak di kawasan bandar, lokasi majoriti masyarakatnya adalah dalam kalangan terpelajar dengan sebahagian besar bahan yang mencemarkannya berasal daripada pelbagai sumber termasuk air daripada loji kumbahan, premis industri dan komersial, perumahan serta akibat jumlah aliran yang kecil berikutan kawasan berturap begitu luas.
“Terjahan pembangunan turut meningkatkan kadar sedimentasi di dalam sungai. Selepas merdeka, banyak kawasan hutan telah diterangkan dan dibangunkan sebagai bandar kluster dan bandar satelit.
“Kawasan penempatan baharu wujud seiring dengan kawasan zon perindustrian baharu seperti di Pasir Gudang di Johor, Batu Berendam di Melaka, Senawang di Negeri Sembilan dan Sepang di Selangor,” katanya.
Menurutnya, di kawasan Lembah Klang, misalnya, dianggarkan secara purata, sebanyak 2,950 tan/km2 keladak mengalir ke sungai-sungai.
“Setakat ini, 25 sungai iaitu 16 sungai di Johor, lima di Lembah Klang, tiga di Pulau Pinang dan satu di Melaka dikategorikan sebagai pencemaran, menjadikan keseluruhan sebanyak 32 sungai disenaraikan dalam kategori kelas empat dan kelas lima.
“Kesan pencemaran sungai menjejaskan bekalan air bersih kepada masyarakat di kawasan bandar. Masyarakat terpaksa membayar kos tinggi bagi menampung semula kos rawatan air di loji. Ia tentunya akan menyebabkan bil perkhidmatan air lebih mahal.
“Kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih besar bagi menguruskan air mentah untuk dirawat, mencari sumber air alternatif seperti air bawah tanah, air laut disuling atau air hujan,” katanya.
Ekhwan berkata, sungai telah tercemar semenjak bermulanya campur tangan manusia dalam ekosistem sungai.
“Pelbagai perubahan aktiviti ekonomi mencetuskan peningkatan bahan mencemar. Aktiviti antropogenik yang dipacu oleh era revolusi industri menyebabkan pelbagai industri tumbuh dengan pesat dan menyumbang kepada pencemaran ekosistem sungai,” katanya.
Dalam satu pendedahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) beberapa tahun lalu, kira-kira 300,000 tan sampah cukup untuk mengisi 110 kolam renang saiz Olimpik dibuang ke dalam sungai setiap tahun dan aktiviti tidak bertanggungjawab itu menyumbang kepada krisis air di negara ini.
Ekhwan menegaskan, dalam usaha menyelamatkan sungai daripada terus tercemar, tumpuan perlu diberikan di kawasan lembangan dan tadahan air. Ia sepatutnya dilindungi dan dipelihara untuk selama-lamanya.
“Saya lebih suka menggunakan istilah melestarikan sungai bagi mengatasi masalah pencemaran sungai.
“Apabila bercakap tentang melestarikan air sungai, akan terdapat unsur-unsur perselisihan dan persaingan dalam urusan pengurusan sumber air bersih dari sungai,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/48932/BERITA/Nasional/80-peratus-sungai-bandar-mati
BANJIR SELUT : KOLAM AIR PANAS TERJEJAS

Mohd Sidek menunjukkan salah satu mata air yang terdapat di kawasan berkenaan. 
Kelihatan parit yang ditimbus pasir dan semakin melebar. 
Mohd Sidek (kanan) menunjukkan tebing yang semakin terhakis dan menghampiri kawasan penduduk. 
Mohd Sidek (kanan), Ahmad Fakhrurazi Ahmad yang mewakili ADUN Bayu (tengah) dan seorang lagi penduduk menunjukkan kolam air panas tersebut
BALING – Sebuah kolam air panas di Kampung Seniyek dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu diancam kemusnahan gara-gara banjir selut dan pasir dari sebuah projek pertanian di Gunung Inas.Penduduk mendakwa kolam dalam kawasan kebun getah itu adalah yang kedua di Baling selepas kolam air panas di pusat rekreasi Ulu Legong.Wakil penduduk, Mohd Sidek Saad, 61, berkata, telaga berusia lebih 80 tahun itu merupakan sumber minuman alternatif kepada lebih 200 penduduk kampung berkenaan.Menurutnya, kolam itu mempunyai kedalaman kira-kira dua meter dan tidak pernah surut walaupun musim kemarau. Mohd Sidek (kanan) menunjukkan tebing yang semakin terhakis dan menghampiri kawasan penduduk.”Setiap kali hujan lebat, pasir dari projek itu mengalir bersama air selut ke kampung kami. Arusnya sangat laju dan kuat.
“Kolam ini pernah tertimbus pasir daripada projek tersebut pada tahun ini, tetapi telah dicuci semula orang kampung,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Seniyek hari ini.Mohd Sidek berkata, kolam itu berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan, namun hanya sia-sia jika tiada peranan daripada pihak kerajaan.”Orang luar masih ramai tidak tahu kewujudan kolam ini. Jika kerajaan mahu bangunkan kawasan ini sebagai pusat pelancongan, kami sangat mengalu-alukannya.”Kolam ini dipelihara penduduk sejak turun-temurun. Nenek moyang dahulu bina telaga bagi memastikan kolam ini dapat digunakan untuk generasi seterusnya,” katanya.Mohd Sidek menunjukkan salah satu mata air yang terdapat di kawasan berkenaan.Tambahnya lagi, di kampung berkenaan juga terdapat sekurang-kurangnya lima mata air berhampiran kolam itu.”Lima mata air ini tidak dibina kolam takungan, ada yang telah tertimbus pasir projek tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Sidek berkata, pihak berkenaan juga bertindak mengorek parit berhampiran kawasan rumah penduduk bagi tujuan mengatasi masalah banjir selut dan pasir.Bagaimanapun katanya, berlaku kesan lebih buruk apabila paras parit semakin cetek, manakala tebing terhakis kerana tiada batu raga dipasang di setiap selekoh parit.”Pihak berkaitan mengorek parit di kampung ini, tetapi pasir-pasir ditambun di tebing. Bila hujan, pasir itu menimbus semula parit dan diburukkan lagi dengan aliran pasir serta selut dari bukit.Kelihatan parit yang ditimbus pasir dan semakin melebar.”Tebing parit terus terhakis bila hujan lebat dan jaraknya sudah dekat dengan kediaman penduduk, kebun getah dan kawasan penternakan.
Dulu parit ini kecil saja, sekarang dah makin besar.”Kami harap pihak berkenaan dapat pasang batu raga secepat mungkin sebab jika dibiar, akan memberi kesan lebih buruk,” katanya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris berkata, kolam itu disifatkan khazanah terbaru bagi daerah Baling.Tegasnya, pihak yang mengurus pertanian perlu prihatin dengan masalah dihadapi penduduk dengan memastikan kolam air panas itu tidak terjejas.”Pihak syarikat perlu menguruskan saliran dengan sempurna agar tidak mengalir ke kawasan penduduk dan kolam.”Saya juga berharap penduduk dapat memulihara kolam itu dengan mengekalkan keasliannya,” katanya.Abd Nasir berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan tuan tanah, Majlis Daerah Baling dan pihak berkaitan dalam menaiktaraf kawasan berkenaan sebagai pusat pelancongan terbaru.
sumber :https://www.sinarharian.com.my/article/44991/EDISI/Utara/Banjir-selut-Kolam-air-panas-terjejas
PENANG NEEDS TO SOURCE RAW WATER FROM SUNGAI PERAK BY 2025

Penang needs to tap a second major raw water resource urgently. – NSTP/MIKAIL ONG 
Penang Water Supply Corporation (PBAPP) chief executive officer Datuk Jaseni Maidinsa. – STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
GEORGE TOWN: Penang needs to tap a second major raw water resource urgently.
This, as Sungai Muda, the primary raw water resource for Kedah and Penang, may only be able to meet both states’ raw water needs until 2025.
Penang Water Supply Corporation (PBAPP) chief executive officer Datuk Jaseni Maidinsa said the state government and the corporation were seeking to commission the Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS) by 2025.
The finding was revealed in the independent “Masterplan Study for Potable Water Supply in Penang until Year 2050” which was commissioned by PBAPP back in 2009.
The study proposed the implementation SPRWTS to tap a second major raw water resource for Penang.
Jaseni said Finance Minister Lim Guan Eng, during a visit to the state last weekend, had said that the SPRWTS would be evaluated in collaboration with the public and private sectors, to be conducted through an open tender proposal.
Lim had also said the ministry’s Public Private Partnership Unit (Unit Kerjasama Awam Swasta or UKAS) would carry out a detailed assessment of the project.
“Make no mistake, Penang needs the SPRWTS to ensure that it has sufficient water to realise its Vision 2030 aspirations of becoming a ‘family-focused green and smart state that inspires the nation’.
“When it is implemented, the SPRWTS will also mitigate Penang’s risks of water crises in this age of ‘climate change’ when the duration and intensity of dry weather spells are becoming more unpredictable.
“As such, it is hoped that the Federal government, through UKAS, will act promptly and decisively to initiate the implementation of the SPRWTS soon,” Jaseni said today.
He said Sungai Perak was a relatively an under-utilised Northern Corridor Economic Region (NCER) raw water resource, and the SPRWTS has the potential to ensure water supply sustainability in Perak and Penang until 2050.
The original specified timeline for the implementation of the SPRWTS is six years; and Year 2025 is exactly six years away.
Since 1973, Sungai Muda has served as Penang’s primary raw water resource.
Today, more than 80 per cent of Penang’s raw water is abstracted from this river.
Jaseni said in 2018, PBAPP produced 1,073 million litres per day (MLD) of treated water by abstracting raw water from Sungai Muda and other smaller raw water resources in Penang.
“Looking ahead, Penang’s water demand is projected to reach 1,483 MLD by 2030; 1,696 MLD by 2040 and 1,884 MLD by 2050.
“It is not possible for PBAPP to abstract sufficient raw water from Sungai Muda to address such future water demand.
“Moreover, Kedah is undertaking the 2,592 MLD Jeniang Water Transfer Project, ostensibly to abstract more water from Sungai Muda in the near future, upstream of PBAPP’s Lahar Tiang Intake in Penang,” he noted.
He also said that since 2011, the Penang government and PBAPP had been pursuing the implementation of the SPRWTS, not only for the benefit of Penang, but for the benefit of northern Perak as well.
However, the record showed that the previous Federal government failed to implement the SPRWTS in the period between 2012 and 2018.
SOURCE: https://www.nst.com.my/news/nation/2019/08/516736/penang-needs-source-raw-water-sungai-perak-2025
KEDAH GIAT BANGUNKAN PULAU PELANCONGAN

Kebersihan Pulau Payar perlu dikekalkan dalam menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.
LANGKAWI
31 JULAI – Kerajaan negeri melancarkan #keliakedahbersih di Pulau Payar sebagai
salah satu usaha membantu taman laut untuk mengangkat pulau tersebut muncul
kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa di negeri dan negara ini.Exco Belia
dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd
Asmirul Anuar Aris berkata, kerajaan negeri juga berusaha untuk membangunkan
beberapa lagi produk pelancongan seperti Pulau Songsong dan Pulau Telur di
Daerah Yan.“
Kami berhasrat untuk terus menjayakan pelancongan di negeri ini dan telah pun
menjelaskan kepada Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi bagi memohon
bantuan dari kerajaan Pusat.“Kami akan menyediakan sedikit infrastruktur kepada
pulau-pulau ini dan Pulau Payar adalah antara matlamat utama,” katanya pada
sidang akhbar selepas program gotong-royong menjaga kebersihan di Pulau Payar
dengan kerjasama SW Corp, Kedah Tourism dan beberapa agensi kerajaan.
Mengulas pembinaan infrastruktur di Pulau Payar bernilai belasan juta ringgit
namun masih belum siap, beliau berharap perkara tersebut dapat diberikan
perhatian serius oleh pihak berwajib.“Pembinaan di beberapa tempat pulau ini
juga diharapkan akan dipercepatkan apabila sudah tertangguh beberapa kali dan
berharap ia diberikan perhatian dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Langkawi di
bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen
Langkawi.“Saya juga minta agar Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) turut
memberi perhatian kepada pulau ini,” katanya.
Jelasnya, beliau berharap program tersebut akan dijadikan aktiviti berkala dari
semasa ke semasa dan menyeru semua agensi swasta, badan bukan kerajaan dan
agensi kerajaan menjayakan hasrat tersebut.Sementara itu, Pengarah SWCorp
Kedah, Zaidi Tuah berkata, pihaknya mendapati banyak sampah kitar semula
ditemui di Pulau Paya, namun ia dibiarkan begitu sahaja.“Kempen kesedaran yang
digerakkan ini adalah untuk mengajar dan memupuk masyarakat agar sedar sisa
pepejal ini juga mampu dijadikan sebagai nilai sumber ekonomi dan artistik,”
katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/40619/EDISI/Utara/Kedah-giat-bangunkan-pulau-pelancongan
4 PULAU DI YAN SETANDING TIOMAN

YAN 07 OGOS – Empat buah pulau yang terdapat di daerah ini berpotensi untuk
dimajukan bagi memastikan ia setanding dengan pulau yang menjadi pusat
pelancongan di negeri lain.Pegawai Daerah Yan, Hakim Ariff berkata, pihaknya
menyasarkan empat pulau yang terdapat di daerah ini iaitu Songsong; Bidan;
Bunting dan Pulau Telur mendapat kehadiran pelancong yang ramai seperti Pulau
Tioman dan Pangkor.Menurutnya, kesemua pulau ini sangat berpotensi untuk
pelancongan kerana kawasannya yang cantik dan masih belum diteroka.
“Pihak MDY (Majlis Daerah Yan) juga masih dalam proses bagi menyelaraskan
perkhidmatan bot untuk ke pulau berkenaan di jeti-jeti yang telah kita
wartakan,” katanya.Hakim berkata, sekarang ini terdapat 13 pengusaha bot
yang berdaftar dan kerjasama baik akan dilakukan bagi memastikan perkhidmatan
terbaik dapat disediakan untuk pelancong.”Hasrat saya yang utama adalah
memastikan masyarakat di daerah Yan ini dapat menjana pendapatan dari industri
pelancongan di kawasan ini.
“Kita tidak mahu ada pihak luar yang datang atas dasar kepentingan diri
kerana ekonomi tempatan perlu diutamakan,” katanya.katanya, di Yan
terdapat 256 bilik penginapan, 19 buah chalet dan juga 70 buah bilik di Jerai
Hill Resort yang berdaftar dengan pihak MDY.”Pelancong yang tidak mahu
bermalam dengan berkhemah di pulau boleh menginap di bilik penginapan yang
disediakan di sekitar daerah ini,” katanya.
Tambahnya, pihaknya juga dalam proses menyarankan kesemua pengusaha bilik
penginapan ini agar berdaftar dengan MDY.”Ini bertujuan membolehkan kita
bergerak bersama dalam memajukan pelancongan daerah ini,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/41698/EDISI/Utara/4-pulau-di-Yan-setanding-Tioman-Pangkor
BANGUN SEKTOR PELANCONGAN KESIHATAN DI LANGKAWI

Langkawi. Gambar kecil: Amiruddin
ALOR SETAR 08 OGOS – Sektor pelancongan kesihatan berpotensi
dibangunkan di Langkawi kerana memiliki pelbagai fasiliti terutama Lapangan
Terbang Antarabangsa Langkawi yang menawarkan penerbangan terus dari luar
negara.Datuk Amiruddin Hamzah (Bersatu-Anak Bukit) berkata, negara ini juga
dinobatkan sebagai destinasi lima terbaik dunia dalam sektor berkenaan dan
mampu memberi tempias kepada Langkawi sebagai lokasi baharu pelancongan
kesihatan negara.
Menurutnya, sebelum ini terdapat perancangan membangunkan Pantai Kok termasuk
membina hospital antarabangsa di Langkawi, dan berharap projek itu dapat dikaji
semula.“Kita boleh jadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan kesihatan yang
hebat dengan menaik taraf beberapa aspek. Selain memiliki pemandangan indah,
pelancong boleh dapatkan rawatan di pulau legenda,” katanya pada persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Aman, hari ini.Menjawab soalan
tambahan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Tokai) berhubung cadangan Institut
Jantung Negara (IJN) mengadakan kerjasama dengan Hospital Kulim sebelum ini,
Amiruddin yakin ia mampu melonjakkan Kedah sekiranya cadangan itu
direalisasikan.
“Ada cadangan wujudkan satu pusat IJN di Utara, untuk penuhi keperluan penduduk
setempat namun kurang sesuai jika dibina di Langkawi, mungkin boleh dicadangkan
bina di tanah besar Kedah, saya yakin sektor ini mempunyai pasaran luas,”
katanya.Amiruddin turut mencadangkan agar Kedah mempelbagaikan penerokaan dalam
sektor pelancongan lain, antaranya pelancongan pelayaran atau River
Cruise.“Bangunkan River Cruise menyusuri Sungai Kedah dan Sungai Merbok,
seperti di Melaka. Pakejkan khazanah sedia ada, bermula dari Ampang Jajar ke
Tanjung Chali, sudah ada inisiatif perindahkan bangunan warisan di Pekan Cina
dan Pekan Melayu ada mural.
Seterusnya laluan ke jeti Masjid Zahir hingga ke Sungai Bohor, termasuk Gunung
Keriang yang memiliki formasi unik batuan,” katanya.Katanya, sektor pelancongan
tidak memerlukan pelaburan besar namun memberi pulangan baik kepada ekonomi
negeri.“Kedah mempunyai khazanah dan warisan lama yang perlu digilap sebagai
produk pelancongan, saya yakin ia mampu gamit pelancong ke tanah besar,”
katanya.Amiruddin berkata, negara menyasarkan kemasukan 28.1 juta pelancong
luar negara tahun ini dengan pendapatan kasar RM92 bilion, manakala sasaran 30
juta pelancong dengan RM100 bilion pada tahun depan.“Kedah harus ambil peluang,
antaranya pelancongan perniagaan dianggarkan seramai 2.9 juta dan menjana RM4
bilion pendapatan negara kasar, selain wujudkan 16,320 peluang kerja,” katanya.
SAMPAI DAH NAMPAK CERUCUK JAMBATAN

Cerucuk jambatan bawah tiang kelihatan jelas akibat hakisan pasir 
Mansor (kanan) bersama penduduk menunjukkan cerucuk jambatan yang kelihatan akibat hakisan pasir
KUALA KETIL – Dua operasi kuari dikenal pasti punca hakisan pasir sehingga menampakkan struktur cerucuk Jambatan Kampung Besah di sini.
Penduduk, Rozimah Ayub, 45, berkata, beberapa batang cerucuk di dua bahagian tiang jambatan berkenaan kelihatan jelas kerana hakisan pasir.
“Bila tengok keadaan jambatan tu, kita pun rasa risau. Jambatan ini dilalui ramai pengguna jalan raya terutama pelajar sekolah.
“Harap-harap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Besah hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar Mansor (B) Zakaria berkata, hasil tinjauannya mendapati dua operasi kuari pasir darat yang pernah beroperasi sebelum ini menyebabkan hakisan di jambatan berkenaan.
Menurutnya, kedua-dua kuari tersebut beroperasi kurang 300 meter dari jambatan berkenaan sebelum diberhentikan kira-kira setahun lalu.
“Masalah operasi begitu hampir dengan Jambatan Kampung Besah ini pernah dibangkitkan dalam sidang DUN oleh bekas ADUN Kuala Ketil, Md Zuki Yusof dua tahun lalu.
“Jarak operasi kuari dengan jambatan sepatutnya 500 meter,” katanya.
Cerucuk jambatan bawah tiang kelihatan jelas akibat hakisan pasir.
Beliau berkata, walaupun operasi telah diberhentikan, jambatan berkenaan masih terancam sekiranya arus sungai deras.
“Sekiranya berlaku banjir besar, kita bimbang pokok-pokok kayu seperti balak yang dibawa arus menghentam batang cerucuk tersebut
“Selain itu, arus sungai kuat akan menyebabkan hakisan di jambatan semakin bertambah,” katanya.
Katanya lagi, pihak terbabit perlu mengelakkan kuari pasir darat atau pasir sungai dijalankan berhampiran lokasi-lokasi strategik.
“Bagi operasi kuari darat khususnya, zon penampan antara sungai dan kuari perlu dijaga,” katanya.
Mengulas tindakan diambil bagi mengatasi masalah di jambatan tersebut, Mansor berkata, beliau telah menghubungi Jabatan Pengairan dan Saliran dan difahamkan jambatan berkenaan masih lagi kukuh.
“Pejabat Daerah Baling dan Jabatan Kerja Raya juga telah maklum perkara ini. Saya yakin mereka akan mengambil langkah-langkah mengatasi masalah ini,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/40207/EDISI/Utara/Sampai-dah-nampak-cerucuk-jambatan























